Untuk membuat sesuatu projek hari keluarga, pastinya anda perlu terlebih dahulu membuat kertas kerja hari keluarga syarikat. Kertas kerja mestilah mempunyai butiran lengkap yang penting untuk memastikan segala yang dirancang menjadi kenyataan. Perkara-perkara penting seperti tujuan, aturcara, perlaksana dan belajawan sangat penting untuk menjadikan apa yang dirancang menjadi.
Kertas Kerja Hari Keluarga Syarikat
Sebelum anda maklum tentang kertas kerja hari keluarga syarikat, anda perlu tahu dahulu asas istilah kertas kerja itu sendiri. Kertas kerja merupakan salah satu dari komunikasi bertulis. Kertas kerja bermaskud penghasil kertas atau penulisan yang penuh dengan idea untuk dikemukakan atau dipersembahkan di hadapan pihak-pihak tertentu. Surat tersebut perlu dibaca untuk mendapatka maklumat mengenai program atau idea yang ingin disampaikan. Khalayak boleh terdiri daripada kumpulan besar atau kumpulan yang kecil.
Format Kertas Kerja
Terdapat beberapa perkara yang wajib untuk di letakkan di dalam kertas projek. Perkara yang perlu anda tahu dan letakkan di dalam kertas projek ialah:
- Tajuk
- Tujuan
- Latar Belakang
- Objektif
- Komponen Program
- Cadangan Tarikh
- Cadangan Tempat
- Kumpulan Sasar
- Bilangan Peserta
- Bilangan Program
- Kaedah Pelaksanaan
- Tentatif Atur Cara Program
- Anggaran Perbelanjaan
- Kesimpulan
1.Tajuk
- Nyatakan tajuk projek anda yang ingin dilakukan atau dianjurkan dengan jelas
- Contoh: Kertas Kerja Hari Keluarga Syarikat ABC2.
2. Tujuan
Nyatakan tujuan program yang ingin dilaksanakan
Contoh:
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mencadangkan program Hari Keluarga Syarikat ABC sempena tahun ke-6 syarikat ini beroperasi. Hari Keluarga ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan, menukar pendapat dan idea serta mengurangkan tekanan kerja. Ini juga antara salah satu cara memberi penghargaan kepada ahli Syarikat ABC yang berhempas pulas setelah 6 tahun beroperasi.
3. Latar Belakang
- Nyatakan pengenalan dan latar belakang program.
- Contoh:
Hari Keluarga yang akan datang adalah salah satu aktiviti untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli syarikat. Ini kerana sistem keluarga adalah saluran asas untuk membentuk sikap, nilai tinggi dan integriti peribadi dalam pembentukan masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran hari keluarga ini juga merupakan salah satu platform untuk menyatukan dan mengeratkan kerjasama di antara semua ahli keluarga. Aktiviti yang dirancang semasa Hari Keluarga ini akan mewujudkan platform muhibah antara saudara, saudari dan ahli keluarga. Dekorasi hari keluarga ini merangkumi kerohanian dan sukan. Saya berharap agar sambutan Hari Keluarga ini dapat berlangsung dengan meriah, lancar dan berjaya mencapai matlamatnya.
4. Objektif
- Nyatakan dengan jelas objektif kenapa program ini dianjurkan
- Contoh
- Memberi ruang kepada ahli keluarga untuk melakukan aktiviti bersama keluarga pada masa lapang.
- Sebagai ruang untuk persefahaman dan persahabatan antara ahli keluarga.
- Melalui aktiviti yang dijalankan untuk memupuk semangat kerjasama, menghormati dan menanamkan nilai-nilai yang baik.
- Membangun persefahaman dan kerja berpasukan antara saudara dan saudari, dan memperkukuhkan institusi keluarga yang ada.
5. Komponen program
Komponen Program mestilah mengandungi:
- CADANGAN TARIKH
- Tarikh yang dicadangkan hendaklah dua bulan lebih awal dari tarikh permohonan peruntukan. Ini untuk memastikan bahawa kertas yang dihasilkan memenuhi spesifikasi dan keperluan yang telah ditetapkan.
- Contohnya tarikh yang dicadangkan 1 Mac 2021, anda boleh membentangkan kertas kerja selewat-lewatnya pada 1 Januari 2021
- CADANGAN TEMPAT
- Tempat yang dicadangkan harus sesuai dengan keperluan populasi sasaran dan dapat membantu mencapai matlamat rancangan. Ia harus mempertimbangkan lokasi pusat kumpulan sasaran daripada terlalu boros.
- Contoh tempat:
- Dewan Orang Ramai Taman Seri/Pusat Komuniti/Institusi
- Sasaran/Target
- Nyatakan kumpulan atau siapa yang akan hadir
- Bilangan Peserta
- Kaedah Pelaksanaan
- Nyatakan kaedah pelaksanaan yang dirancang
- Boleh dalam bentuk ceramah, bengkel dan forum
- Contoh, di dalam Hari Keluarga program yang boleh pelasanaan- forum, sukaneka, barbeque.
Bil | Tarikh | Tempat | Bil. Peserta | Kaedah Pelaksanaan |
1. | 1.3.2021 | Dewan Komuniti X | 300 | Sukaneka |
6.Tentatif Program
- Nyatakan secara terperinci tentatif program yang perlu dilaksanakan sehinggalah selesai
- Perlu mengandungi masa dan acara yang perlu diadakan
- Sekiranya acara program anda mempunyai ceramah atau forum- nyatakan siapa nama mereka yang akan memberikan ceramah tersebut beserta daripada mana (Pertubuhan/universiti/ kelayakan)
7. Anggaran Perbelanjaan
- Anggaran Perbelanjaan perlu disertakan secara spesifik. Misalnya jika anda membeli/menggunakan cawan atau pinggan plastik, perlu diletakkan di dalam perbelanjaan
- Selalunya anggaran perbelanjaan dibuat di dalam jadual.
8. Kesimpulan
- Menjelaskan bagaimana acara boleh membantu dan memberi manfaat untuk memperbaiki atau menambahbaik kepada kumpulan sasar melalui program-program yang dilaksanakan.
Terbaik.. Nanti harap bleh kongsi softcopy terus..
Noted…