Dalam media sosial tersebar beberapa gambar mengenai luahan sekumpulan pelajar yang berang dengan golongan pensyarah mereka kerana terlalu bebankan mereka dengan kerja-kerja akademik untuk pengajian mereka.
Luahan mereka disalurkan dengan menampal ilustrasi bergambar di laluan orang ramai untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka. Jelas apa yang terpapar menunjukkan perasaan mereka berkaitan bebanan kerja yang banyak yang diberi oleh pensyarah mereka. Siapa individu/kumpulan yang menampal ilustrasi tersebut tidak diketahui malahan lokasi institusi pengajian tinggi yang terlibat juga tidak dapat dikenalpasti.
Siapa dan dimana ia dilakukan tidaklah ingin dikupas, namun demikian motif perbuatan demikian mungkin perlu kita sama-sama renungi dan ambil teladan.
Berikut adalah kata-kata yang ditulis dalam poster tersebut :
Mesej kepada para lecturer, anda tak faham ke kami stress tapi bila didepan anda kami buat slumber je. Silap hari bulan ada yang mati bunuh diri kerana anda.
Anda nak ke rasa bersalah seumur hidup kalau ada yang mati bunuh diri disebabkan anda,
Kami acakap kerana kami dengar luahan para pelajar.
Coursework berlambak !! Asigment lagi, test lagi !!! Presentation lagi!!! Suruh buat report macam orang bodoh!! Kami bukan robot!! 6 subjek, tapi 10 course work?? Anda fikir wajar??
Mid Term week 13 ?? anda fikir anda sahaja perlukan masa dengan keluarga?? Tiap-tiap tahun kami perlu beraya pada study week. Aduhai Malaysiaku, lagi satu jangan mengajar kami macam anda mengajar budak sekolah menengah, kami perlu diajar untuk menghadapi dunia pekerjaan bukan diajar hanya untuk menjawab peperiksaan. Coursework banyak, bila kami nak buat revision??
Daripada mesej-mesej yang disampaikan jelas perasaan tertekan pelajar dengan kerja-kerja yang diberikan pensyarah mereka. Mungkin mereka ingin menyampaikan ketidakpuashati melalui cara tersebut.
Salah Pelajar?
Hasil daripada gambar yang tular tersebut mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif. Walaubagaimanapun demikian, komen negatif lebih banyak dengan melabel mahasiswa tersebut manja dan malas untuk berusaha.
Jika dilihat komen-komen tersebut ada kebenarannya, jika ditanya lepasan-lepasan pengajian tinggi kebanyakannya melalui zaman sebegitu malah lebih teruk dari itu. Walaupun demikian, ramai antara mereka dapat menamatkan pengajian dengan jayanya.
Ada juga komen dari lepasan mahasiswa yang telah bekerja menggambarkan situasi kerja lebih banyak dugaan, kesibukan semasa kerja lebih mengatasi zaman pengajian.
Jika benar apa yang dikatakan, mahasiswa bekenaan mungkin akan lebih bermasalah jika mengalami zaman pekerjaan kelak.
Ada juga pengunjung yang memberi pendapat bahawa pentingnya perasaan hormat pada guru dan adab menuntut ilmu perlu lebih dijiwai oleh setiap pelajar. Hal ini kerana, bukan mudah mendapat ilmu dan untuk mendapatkan ilmu bukan semudah yang disangka. Hasil dari pengorbanan yang sebenar barulah ia akan membuahkan hasil yang sebenar.
Salah Pensyarah?
Ada juga yang memberikan komen yang negatif pada pensyarah, hal tersebut perlu diteliti dan seorang pensyarah juga adalah manusia dan ia juga ada kesilapan atau masalah tersendiri. Masalah berpunca dari pensyarah sendiri adalah sangat kecil dan tepencil.
Gunakan saluran yang betul
Banyak komen yang membina juga diutarakan iaitu meminta sebarang masalah di salurkan dengan betul seperti berbincang dengan pensyarah sendiri ataupun menggunakan saluran lain seperti kaunselor, surat dan juga perbincangan bersama. Tindakan sebegitu adalah dilihat lebih berani dan bertanggungjawab.
Semoga perkara ini diselesaikan dengan segera, pelajar seharusnya sedar dan pandai membahagikan masa termasuk meninggalkan perkara yang melalaikan masa kini dan pensyarah juga perlu berhati-hati dengan segala arahan yang dibuat demi menjadikan persekitaran pendidikan lebih harmoni.
Budak skrg manja, aku dulu sampai nak gice up. skrg dah kerja lagi banyak problem