Gagal Antara Biasa dan Luar Biasa

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Hidup ni tak pernah lari dari ujian, semakin besar ganjaran juga semakin besar ujiannya. Baru-baru ni kami banyak menerima luahan dari pelawat kami yang gagal dalam tawaran ke universiti. Sebenarnya kami turut simpati dengan apa yang dihadapi. Kami juga memahami rintihan dan kesusahan mereka, tetapi perlu faham bahawa rezeki dalam bidang mereka mohon bukan lah disitu.

Sebenarnya banyak lagi peluang keemasan yang sedang menanti.. Kenapa perlu ” menangis meratapi kegagalan di depan pintu yang sudah ditutup,sedangkan tanpa disedari dalam masa sama ada pintu peluang lain sedang terbuka luas ” bukankah ia membazir masa dan merugikan?

Cubalah mencari peluang lain, sebenarnya untuk berjaya ia bukalah terhad kepada 1 cara shj malahan ia mempunyai beribu-ribu cara. Seperti kita hendak membaiki sesuatu, adakah ia mempunyai 1 cara sahaja?

Jika anda terus kecewa dan putus asa, bermakna anda sama sahaja dengan mereka yang gagal, sebenarnya ” gagal itu biasa, bangkit dari kegagalan itu adalah luar biasa ”

Gagal itu biasa, bangkit dari kegagalan itu luar biasa

Jangan bersedih, cubalah buat sesuatu yang luar dari kebiasaan,lakukan yang positif.. Sy pasti anda akan mendapat hasil yang luar biasa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top