Gagal Menamatkan Pengajian, Apa Perlu Dilakukan ?

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
images (1)
Masih Ada Peluang

Adakah anda telah gagal menamatkan pengajian, mungkin dengan gagal menamatkan pengajian itu anda tidak tahu apa perlu dilakukan? Mungkin anda sedang kecewa atau tidak tahu kemana hendak tuju. Jangan risau, setiap masalah ada penyelesaiannya. Rezeki itu ada dimana-mana hanya tinggal untuk kita mencarinya. Setiap orang pula ada dikhaskan rezekinya dan tidak semestinya apa yang kita rancang adalah terbaik untuk kita. Mungkin apa yang kita tidak jangka merupakan berita baik untuk kita.

Pertama sekali anda kena imbau kembali, apa kesalahan atau kelemahan yang telah anda buat sehinggakan anda gagal dan ditamatkan pengajian sijil, diploma, sarjana anda itu. Cuba kenalpasti kelemahan dan cuba perbaiki dulu. Mungkin sikap buruk atau cara anda berusaha sebelum ini menyebabkan anda gagal menghabiskan pengajian. Perkara penting sebelum anda habis baca penulisan saya ini adalah cuba perbaiki dulu kelemahan diri anda sebelum ini. Saya bimbang nanti anda akan terbawa sikap lama dan merosakkan lagi peluang-peluang yang akan muncul akan datang.

Kedudukan Kewangan

Setelah anda tahu dan telah berusaha untuk perbaiki sikap dan cara usaha sebelum ini, anda perlu lihat kemampuan kewangan anda atau keluarga.

  • Keluarga saya banyak duit – jika anda masih punyai duit cuba mohon kolej swasta, kadangkala ada kolej swasta yang menawarkan pengajian yang tidak mahal ( ingat, jangan pula meminjam/ bergadai/ salah pilih kolej swasta )
  • Saya dapat biasiswa – Jika tidak berduit, cuba mohon biasiswa, sebenarnya banyak cara mohon biasiswa ada juga biasiswa yang tidak ramai orang tahu dan mohon. Jika anda ada biasiswa bolehlah mohon kolej swasta.
Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

Memilih untuk mohon Kerja kerajaan

Jika anda tidak berduit dan tidak Berjaya mendapatkan biasiswa, cubalah memohon SPA Portal SPA banyak menjodohkan peluang kerja kosong kerajaan dari peringkat lepasan PMR sehingga PHD. Anda boleh mohon dan berikan tempoh masa setahun untuk menunggu jawapan dari SPA, masa menunggu setahun menunggu itu anda isikan dengan kerja biasa yang berpendapatan RM 800 keatas di tempat anda menetap sekarang. Anda juga boleh merujuk di Jabatan Tenaga Kerja tempat anda untuk mendapat bantuan bekenaan pekerjaan anda.

Pergi ke bidang kemahiran

Jika Mohon SPA tak dapat, anda perlu ke bidang kemahiran. Bidang ini akan memberikan anda kerja paling tidak pun anda boleh bekerja sendiri. Anda boleh menunggu permohonan keluar melalui apa yang dihebah xpresi ini atau anda boleh ke giatmara tempat anda untuk membuat permohonan. Giat mara bukan sahaja memberikan anda latihan kemahiran malah memberikan anda wang saku pengajian. Anda perlu buat sedikit kajian tempat target anda untuk menawarkan servis yang anda belajar dan sekiranya anda Berjaya mendapatkan idea perkhidmatan yang sangat diperlukan barulah anda memohon kursus kemahiran yang berkaitan dengan sasaran anda itu.

Info Tambahan :  Kerja Remote: Panduan Lengkap dan 7 Platform Best

Setelah anda tamat pengajian, anda perlu terlebih dahulu mencari mentor berkaitan dengan apa yang dipelajari. Katakan anda belajar kemahiran masakan, anda perlu terlebih dahulu bekerja sebagai pembantu tukang masak beberapa tahun untuk mengumpul ilmu tambahan dan pelanggan anda serta modal untuk memulakan perniagaan sendiri kelak. Setelah bertahun anda bekerja sebagai pembantu kini tibalah masanya anda membuka perniagaan sendiri dengan menggunakan ilmu yang diperolehi serta modal yang dikumpul  sebelum ini.

Selain itu ada institusi kemahiran lain seperti IKM, ILP, Kolej Komuniti, KKTM, IKBN yang memberikan anda pengajian sehingga ke ijazah dan berpeluang menyambung pengajian sehingga keluar negara.

Sebenarnya apa sahaja yang kita buat atas dunia ini akan membuat kita berjaya. Untuk pengetahuanm jual selipar pun boleh buat orang jadi jutawan. TAPI YANG PENTING, ANDA PERLU KREATIF, TEKAD DAN SENTIASA BELAJAR DARI KESALAHAN LAMA. Juga sentiasa lapangkan diri berdoa dan memohon dariNYA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *