Gagal Rayuan 1 UPU Lepasan STPM Setaraf

0
94

Keputusan rayuan telahpun dikeluarkan, ramai yang bertanya apa perlu dilakukan sekiranya gagal rayuan 1 melalui UPU untuk lepasan STPM setaraf. Kebanyakan bertanya melalui ruangan komen dan juga melalui email kami serta medium lain. Pemohon yang gagal kebanyakannya kecewa dan ada juga yang menerima kenyataan kegagalan diterima ke Universiti. Kebanyakan pemohon tidak tahu apa perlu dilakukan selepas gagal memohon.

Tunggu Rayuan 2 UPU Lepasan STPM Setaraf

Sebenarnya akan ada satu lagi semakan keputusan rayuan UPU untuk keputusan rayuan ke 2. Hal ini ada di nyatakan di facebook rasmi UPU kepada pemohon-pemohon yang tidak berjaya. Ada pemohon yang berhasrat untuk membuat rayuan terus ke institusi yang diminati. Sejauhmana ia berkesan? Sebenarnya peluang untuk diterima agak tipis buat masa ini. Ada baiknya pemohon menunggu keluar keputusan rayuan ke 2.

Jika tidak dapat barulah boleh untuk ke Bahagian Pengambilan Institusi yang berdekatan untuk membuat rayuan. UPU sebenarnya telah menguruskan segalanya berkaitan pemohonan ke Universiti. Agak sukar diterima jika berlaku permohonan diluar sistem UPU. Namun demikian, kemungkinan ada sedikit peluang jika Institusi tersebut ada kekosongan secara tiba-tiba atau pertambahan kemudahan untuk diisi oleh calon rayuan “ walk In “.

Baca Juga :  Panduan Pilih IPTS yang Tepat dan Kurang Risiko

Dapatkan maklumat pengambilan ke dua.

Beberapa institusi kadangkala ada pengambilan kedua. Hal ini kerana bagi memenuhi kursus yang belum dipenuhi atau kursus baru dibuka. Pastikan anda menghubungi bahagian pengambilan pelajar institusi melalui telefon atau pergi sendiri ke pejabat pengurusan mereka untuk bertanya tarikh ambilan kedua dibuat. Untuk pengetahuan, ambilan kedua biasanya diurus sendiri oleh pihak universiti. Peluang sebegini mungkin boleh diambil oleh calon yang gagal. Tarikh ambilan kedua kemungkinan tidak dapat dinyatakan pihak institusi, tetapi sekurangnya anda cuba daparkan maklumat-maklumat penting permohonan seperti :

  • Bertanya tentang ambilan kedua Institusi
  • Bila ambilan kedua dibuka?
  • Jika tidak dapat dinyatakan tarikh, pastikan anda bertanya tarikh pengambilan ke 2 tahun lepas.
  • Medium sebaran yang akan digunakan sekiranya dibuka kelak
  • Nombor orang yang boleh dihubungi untuk bertanya
Baca Juga :  Kelebihan STPM dan Kelemahan STPM Tingkatan 6

Maklumat penting seperti diatas sebenarnya boleh membantu anda menjadi orang yang lebih awal membuat permohonan sehingga kemungkinan anda diterima masuk ke Institusi tersebut.

Bila Semakan Rayuan ke 2 UPU STPM Setaraf ?

Jika mengikut facebook UPU, semakan akan dibuka 12 September 2017 . Kebiasannya semakan secara SMS akan mula boleh dibuat pada pukul 10.30 pagi hari tersebut.

Kebanyakan calon yang gagal mendapat tempat adalah disebabkan sebab berikut :

  • Tempat terhad – Pemohon ke universiti setiap tahun semakin bertambah sedangkan kemudahan Universiti bertambah dengan kadar perlahan kerana melibatkan kos dan hal lain.
  • Program dipilih tidak ada kekosongan – Kebanyakan calon cenderung memilih kursus yang popular menyebabkan persaingan sengit sedangkan tempat adalah terhad.
  • Persaingan antara pemohon – Sistem merit yang diberi serta klasifikasi permohonan membuatkan persaingan lebih sengit.
  • Tertakhluk pada Universiti Awam – Keputusan menerima adalah bergantung pada institusi, jika pengambilan ditutup maka pengisian calon tidak dapat dilakukan.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :