Gaji Guru DG44 dan Gred lain

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Setiap tahun ramai graduan yang keluar daripada universiti. Semua graduan ini memiliki impian, dan dengan yakin dikatakan semua graduan mahu mempunyai pekerjaan dan mengubah nasib keluarga.

Graduan yang tidak memiliki pengalaman selalu menghadapi masalah apabila ditanyakan soalan mengenai ‘gaji’ yang dimahukan. Jika semasa temubual bersama bakal majikan anda, takut terlalu yakin menjawab gaji terlalu tinggi. Tapi, jika menjawab gaji yang kecil takut tidak berbaloi dengan usaha yang anda lakukan.

Jadi, entri kali ini akan memberitahu purata gaji-gaji guru DG 41, DG 44 dan DG 48.

Sebelum itu, apakah itu DG?

Di dalam perkhidmatan awam, terdapat pelbagai jenis jawatan yang diwujudkan do semua kementerian, jabatan dan sektor. Penyelerasan gaji juga berbeza mengikut jawatan yang disandang. Oleh itu, penyelerasan jawatan penting untuk memastikan kelancaran pembayaran gaji, urusan cuti dan pelbagai lagi. Kerajaan telah mengeluarkan struktur gaji mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM) berdasarkan pada Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) yang telah dikuat kuasa bermula 1 Januari 2012 menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012.

Peranan Gred Tanggungjawab PPP
Pelaksana DG41 Memahami dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penyeliaan dan bimbingan
Penggerak DG44 Sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penyeliaan danbimbingan yang minimum serta mampu menyelesaikan masalah
Pembimbing
Dan Mentor
DG48 Berpengalaman luas, mampu menyelia dan membimbing serta berkebolehan melakukan educated guess masalah organisasi yang mungkin timbul dan melaksanakan langkah pencegahan

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DG41

(i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,188.00)

(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94)

(iii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94)

(iv) ijazah sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,902.98)

(v) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,209.60)

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 atau DG42 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG44 yang kosong apabila telah:

(a) disahkan dalam perkhidmatan

(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan

(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan

(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG44 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG48 yang kosong apabila telah:

(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan

(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan

Salah satu kelebihan bekerja kerajaan adalah diberikan beberapa elaun penjawat awam sebagai ‘duit tambahan’ selain daripada gaji, biarpun jumlahnya bukanlah begitu besar namun ia cukup bermakna untuk digunakan bagi menampung kos sara hidup yang tinggi.

Jenis-jenis pendapatan bagi Kakitangan Kerajaan adalah seperti berikut:

  • Gaji Pokok
  • Imbuhan Tetap
  • Bayaran Insentif
  • Bayaran Balik Perbelanjaan dan Tanggungjawab
  • Lain-lain elaun atau bayaran

Apa makna Gaji Pokok? Gaji pokok bermaksud mata gaji dalam struktur Jadual Gaji Minimun-Maksimun. Jika anda lihat pada penyata gaji anda, ada tertulis gaji pokok tersebut.

Elaun-elaun Perkhidmatan Awam yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Bantuan Sara Hidup (COLA)
  • Imbuhan Tetap Perumahan
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam
  • Elaun keraian

Bantuan Sara Hidup atau selalu disebut sebagai (COLA) diberikan berdasarkan 3 tempat iaitu:

  • Kawasan A : RM300
  • Kawasan B : RM250
  • Kawasan C : RM150

Kawasan-kawasan ini adalah berdasarkan kos hidup di sesuatu tempat, kalau di tengah bandar metropolitan biasanya dikategorikan sebagai kawasan A, manakala B kawasan bandar biasa atau pinggiran bandar dan C kawasan luar bandar. Namun begitu pembahagian kawasan ini bukanlah tepat berdasarkan kos sara hidup sebenar, kerana jika berada di luar bandar sekalipun, kos hidupnya tetap juga tinggi malah mungkin lebih lagi.

Pihak Berkuasa Tempatan (Kawasan A): Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang, Seberang Perai, Ampang Jaya, Kajang, Klang, Petaling Jaya, Selayang, Sepang, Shah Alam, Subang Jaya dan Johor Bahru.

Pihak Berkuasa Tempatan (Kawasan B): Batu Pahat, Johor Bahru Tengah, Kluang Kulai, Muar, Alor Setar, Kulim, Langkawi, Sungai Petani, Kota Bharu, Alor Gajah, Bandar Melaka, Jasin, Nilai, Port Dickson, Seremban, Ipoh, Kuala Kangsar, Manjung, Teluk Intan, Taiping, Bentong, Kuantan, Temerloh, Kangar, Kemaman dan Kuala Terengganu.

GRED GAJI KADAR ITP
DG41 DAN 42 RM300
DG44 RM400
DG48 DAN 52 RM700

Apakah maksud elaun keraian?

Elaun yang diberi kepada anggota sektor awam untuk menampung peningkatan kos sara hidup dan juga bertujuan memberi imbuhan kepada pegawai-pegawai yang menjawat jawatan strategik dalam perkhidmatan awam.

GRED GAJI KADAR SEBULAN
DG41, DG42 RM300
DG44 RM400
DG48 RM550

 

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x