Gambar Duit Syiling Malaysia Terbaru 2012

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Duit Syiling Baru

Lama kita menggunakan duit syiling sedia ada, duit syiling Malaysia terbaru dijangka akan dikeluarkan pada Januari 2012. Bagi penggemar menyimpan duit syiling lama perlulah mula simpan duit syiling yang sedia ada sekarang kerana awal tahun depan ia akan digantikan dengan yang baru dan lebih menarik. Duit syiling yang mengalami perubahan termasuk duit yang bernilai 50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen.

Jenis yang mengalami pembaharuan

  • 50 Sen – Sulur Kacang

Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.

  • 20 Sen – Bunga Melur

Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.

  • 10 Sen – Orang asli motif

Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.

  • 5 Sen – Destar Siga

Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.

Cantik kan? Kalau sekali tengok seperti rekabentuk moden yang diterapkan ciri-ciri tradisional, ia juga nampak seperti emas dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tersendiri.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Web Bank Negara Malaysia

0 0 vote
Article Rating
Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x