Gambaran Proses Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri 2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Proses Pelaksanaan Pertukaran Guru Antara Negeri

Ada yang menghantar email kepada saya bagaimana permohonan perpindahan dilakukan. Oleh demikian saya terus menghubungi rakan saya minta digambarkan bagaimana proses, perjalanan permohonan perpindahan antara negeri bagi sesi 2012. Apa yang saya kongsikan dibawah hanyalah apa yang saya faham dan digambarkan, diharap ia membantu sekurangnya memberikan gambaran kepada pemohon bagaimana proses berlaku, kemana permohonan anda itu dan bila jangkaan proses-prosesnya dilakukan.

Mengemaskini Data Pemohon

Pada 1 -27 ogos 2011 sebelum ini adalah tugas pemohon untuk mengemaskini data melalui laman web e- GTukar dialamat http://apps.moe.gov.my/epgo. Pada ketika itu, pemohon dikehendaki menyemak segala butir peribadi, perkhidmatan dan banyak lagi untuk bersedia untuk peringkat permohonan.

Permohonan Dibuka

Pada 1-30 September lepas adalah tarikh dimana beribu-ribu guru melayari laman web e-GTukar untuk membuat permohonan dan diakhir pemohonan ia perlu mencetaknya dan dihantar kepada pengetua untuk disahkan.

Info Tambahan :  Pengalaman Belajar Luar Negara: 6 Kelebihan dan Kekangan

Pengesahan Pengetua/guru besar

Pada peringkat ini iaitu pada 1-30 september juga mulalah juga tempoh pengesahan oleh pengetua dan guru besar. Setiap permohonan yang dibuat perlu disahkan oleh pengetua dan guru besar tidak kiralah ia menyokong ataupun tidak. Pengesahan itu perlu untuk borang itu diproses ke peringkat seterusnya.

Tindakan JPN ( Mohon Keluar )

Pada 15 september – 4 oktober 2011 pula permohonan diproses oleh JPN tempat guru itu bertugas untuk menyokong ataupun tidak menyokong permohonan tersebut. Sokongan dan tidak permohonan keluar itu hendaklah mengikut syarat-syarat dan keperluan serta kekosongan yang ada dinegeri tersebut.

Tindakan JPN ( Mohon Masuk )

Pada kira-kira 20 September – 4 Oktober 2011 pula permohonan tersebut diambil tindakan menyokong terima masuk atau tidak permohonan masuk oleh administrator Negeri, Pegawai Penyemak Negeri.

Draf Kelulusan

Setelah itu iaitu kira-kira 8-16 Oktober 2011 satu draf kelulusan atau senarai kelulusan dirangka hasil dari proses tadi dikeluarkan oleh BPSH. Sekiranya setiap peringkat mengalami sokongan ia mudah diterima manakala jika banyak mengalami tidak sokong ia mungkin disingkirkan kecuali mempunyai sebab munasabah beserta bukti kukuh.

Info Tambahan :  Laman Web Mencari Peluang Pekerjaan Untuk Lepasan Sekolah

Mesyuarat Pemilihan

Satu mesyuarat akan dilakukan iaitu kira-kira 12-14 Oktober yang dihadiri bahagian-bahagian, negeri masuk atau terima untuk mempertimbangkan proses pertukaran melalui draf yang dikeluarkan oleh BPSH tersebut.

Mesyuarat Berpusat

Pada 17-21 Oktober satu mesyuarat berpusat e-GTukar yang dihadiri oleh Super Administrator, Administrator Negeri bagi membuat keputusan berpusat dan seragam.

Keputusan Permohonan

Hasil draf mesyuarat keputusan akan mula diumumkan kira-kira 8-10 November 2011 melalui laman web e-GTukar tersebut.

p/s : Begitulah sedikit sebanyak yang boleh saya gambarkan pejalanan permohonan yang telah dibuat, segala tarikh dan fakta tertakluk kepada perubahan jawatankuasa berkaitan. Diharapkan sedikit sebanyak maklumat yang saya berikan mampu memberi gambaran proses bagaimana pertimbangan perpindahan guru dilaksanakan. Untuk maklumat lanjut anda digalakkan menghubungi sendiri JPN masing-masing. Terima Kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top