Garis Panduan Matlamat Dalam Kewangan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Dalam setiap kehidupan yang kita jalani pasti mempunyai satu matlamat dalam kewangan. Matlamat ini yang membezakan antara aku, kau dan dia. Justeru itu, untuk mencapai sesuatu matlamat kita perlu ketahui dahulu garis panduan matlamat tersebut. Ianya bagi membantu kita menjadi seorang yang mempunyai kewangan yang stabil didalam keadaan yang bijak pandai. 

“Tidak salah untuk menjadi kaya tetapi jadilah kaya yang bijak pandai dalam pengurusan kewangan sekali”

Garis Panduan Matlamat Dalam Kewangan

Matlamat dalam kewangan

Terdapat bebrapa garis panduan matlamat dalam kewangan yang boleh kita ikuti bagi memastikan kewangan kita sentiasa berada di dalam keadaan yang stabil. Antara garis panduan matlamat dalam kewangan yang boleh kita ikuti adalah bagi memastikan matlamat untuk jangka panjang kita tercapai.

Antara garis panduan matlamat dalam kewangan yang boleh kita ikuti adalah seperti berikut:-

1) Spesifik

Garis Panduan Matlamat Dalam Kewangan 1

Dalam setiap satu matlamat dalam kewangan TERUATAMANYA, nyatakan secara spesifik apa yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat. Kenyataan spesifik ini perlu dilakukan agar membantu anda untuk membakar semangat untuk mencapai kejayaan yang di ingini.

Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

Sangat DISARANKAN untuk mereka yang mempunyai matlamat yang tinggi dalam kewangan membuat satu jadual atau target masa untuk mencapai matlamat tersebut. ELAKKAN melakukan sesuatu perkara yang boleh melemahkan semangat untuk mencapai matlamat tersebut. 

2) Measurable (boleh diukur)

Matlamat dalam kewangan

Dalam setiap matlamat, anda perlu meletakkan jumlah yang di inginkan dengan nilai yang tepat. Hal ini bagi memastikan minda sedar kita tahu apa yang ingin kita kecapai dalam masa yang tertentu. Justeru itu , sangat PENTING untuk mengetahui matlamat yang boleh diukur supaya ianya mudah untuk dikecapi walaupun sukar. 

3) Achievable (boleh dicapai)

Matlamat dalam kewangan

Setelah selesai menentukan matlamat secara spesifik dan mudah untuk diukur. Maka, anda perlu bijak dalam menentukan bagaimana setiap anggaran tersebut boleh di capai. Di dalam fasa ini, anda perlu bijak dalam merangka semula cara untuk mencapai setiap satu matlamat yang telah ditetapkan.

PENTING!!!

Elakkan matlamat yang sukar untuk di kecapai atau matlamat yang tidak jelas untuk dikecapai. Hal ini akan menganggu anda untuk merangkan kaedah yang mudah untuk mencapai matlamat. Justeru itu, ketahui dahulu secara spesifik matlamat anda agar ianya tidak menyukarkan anda merangka kaedah untuk mencapai matlamat.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

4) Relevant (munasabah)

Pada fasa ini, anda sudah perlu meletakkan atau menetapkan matlamat dengan lebih realistik lagi. Ianya bagi memudahkan anda untuk mencapai matlamat anda dengan lebih mudah. Pastikan anda sentiasa peka akan setiap matlamat yang anda pilih. 

5) Time-bound (tempoh masa yang ditetapkan)

Fasa terakhir merupakan fasa untuk menjapai matlamat dalam kewangan yang penting. Hal ini disebabkan, dalam fasa ini anda perlu bijak dalam menetapkan masa untuk mencapai matlamat yang ingin anda kecapai. Justeru itu, sebagai manusia yang mempunyai matlamat, anda perlu bijak dalam mengatur diri anda hendak mencapai apa dan apa pada masa akan datang.

Jangan pernah mengharapkan orang yang mengatur matlamat dalam hidup anda, ianya akan menyukarkan anda untuk mencapai matlamat TERUTAMANYA di dalam bentuk kewangan.

Sekiranya anda merupakan jenis manusia yang mempunyai matlamat yang terpendam dan mahu yang terbaik buat diri anda. Anda perlu sentiasa mengikuti garis panduan matlamat kewangan ini agar matlamat anda mudah untuk dikecapai. Ketahuilah setiap satu kejayaan untuk datangnya dari keyakinan anda untuk mencapai sesuatu matlamat. Abaikan segala bentuk nasihat yang tidak membantu untuk anda mencapai matlamat hidup anda. Anda perlu bangkit untuk kebaikan diri anda sendiri. 

***KEJAYAAN ADALAH MILIK ANDA SEKIRANYA ANDA TEKUN UNTUK MENCAPAINYA***

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *