Garis Panduan Pengurusan Dan Pengoperasian Sekolah 3.0

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Garis panduan pengurusan dan pengoperasian sekolah 3.0 sudah diumumkan. Justeru itu, tenaga pengajar WAJIB mengambil tahu akan setiap satu panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar setiap sekolah mampu beroperasi seperti sediakala. Maka, amatlah PENTING bagi setiap sekolah untuk mematuhi setiap garis panduan pengurusan dan pengoperasian sekolah 3.0 ini. 

Garis Panduan Pengurusan Dan Pengoperasian Sekolah 3.0

Garis panduan

Terdapat pelbagai jenis garis panduan pengurusan dan pengoperasian sekolah 3.0 yang telah ditetapkan oleh pihak KPM. Tujuan utama garis panduan ini diwujudkan adalah bagi memastikan setiap sekolah selamat daripada jangkitan virus COVID -19 ini. Hal ini disebabkan, mencegah lebih baik daripada merawat.

Antara garis panduan pengurusan dan pengoperasian sekolah 3.0 yang diketengahkan ada banyak. Walaubagaimana sekalipun, hanya bebrapa garis panduan sahaja yang bakal diterangkan dalam penulisan kali ini. Garis panduan ini agak PENTING dan WAJIB diambil tahu oleh setiap satu penjaga yang bakal menghantar anak mereka ke sekolah tidak lama lagi.

Antara garis panduan pengurusan dan pengoperasian sekolah 3.0 yang PENTING adalah:-

Garis panduan

1) Vaksinasi guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP) dan pekerjaan perkhidmatan sokongan

Umum sudah ketahui KEPENTINGAN pengambilan vaksinasi dalam kalangan masyarakat. Justeru itu, pihak Kementerian menyambut baik akan usaha yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). ianya bagi mewujudkan kelompok komuniti sekolah yang selamat dan sihat. Justeru itu, setiap warga guru atau tidak yang bekerja di dalam lingkungan sekolah DISARANKAN untuk mengambil vaksin.

Walaubagaimana sekalipun, bagi guru dan AKP yang masih belum menerima vaksin lengkap atau tidak mengambil vaksin perlu HADIR ke sekolah dan memastikan:-

  • Garis panduan dan arahan yang dikeluarkan oelh pihak KPM dipatuhi
  • Sentiasa memakai pelitup muka berganda dan pelindung muka
  • TIDAK DIBENARKAN melaksanakan PdP secara bersemuka dengan pelajar
  • TIDAK berada di bilik/ kawasan yang sama dengan murid atau warga sekolah yang telah menerima vaksin lengkap. 
Info Tambahan :  E-Sukan dan Hiburan: Kursus dan Peluang Perniagaan 2023

Pihak penyedia perkhidmatan sokongan perlu memastikan hanya pekerja yang telah menerima vaksin lengkap sahaja yang bertugas di sekolah. 

2) Pengurusan pembukaan sekolah

Bagi pengurusan pembukaan sekolah, terdapat beberapa perbezaan garis panduan pengurusan pembukaan sekolah mengikut tahap Fasa PPN yang telah di umumkan oleh pihak Kerajaan. Setiap satu fasa PPN akan mengalami garis panduan yang sedikit berbeza.

TAHUKAH ANDA!!!

Kadar kehadiran pelajar adalah pada kadar 50% daripada jumlah murid di dalam kelas dan murid akan menghadirkan diri secarra penggiliranminggu. Dan bagi sekolah kurang murid (<150 murid) kehadiran murid adalah secara bersemuka tanpa penggiliranberdasarkan kumpulan yang hadir mengikut fasa PPN.

Pembukaan sekolah mengikut Fasa PPN:-

a) Pembukaan semula sekolah dalam Fasa 1 PPN

Kategori murid yang terlibat adalah seperti :-

  • Murid kelas peperiksaan Tingkatan 6 Semester 2 hadir secara bersemuka tanpa penggiliran
  • Murid kelas peperiksaan antarabangsa iaitu IGCSE, O-Level hadir secara bersemuka tanpa penggiliran

b) Pembukaan semula sekolah Fasa 2 PPN

Kategori murid yang terlibat adalah seperti berikut :-

1) Sekolah Rendah

  • Murid berkeperluan khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan Program Khas Integrasi (PPKI) hadir secara bersemuka tanpa penggiliran
Info Tambahan :  Kerja Remote di LinkedIn: 8 Langkah Untuk Success

2) Sekolah Menegah

  • Murid kelas peperiksaan Tingkatan 6 Semester 2 hadir secara bersemuka tanpa penggiliran
  • Murid Pra-universiti Semester 3 di Sekolah Sukan Malaysia hadir secara bersemuka tanpa penggiliran
  • Murid kelas peperiksaan antarabangsa iaitu International Baccalaureate Diploma (IBD) tahun 2, IGCSE O-Level, A-Level dan Australia Higher School Certificate hadir secara bersemuka tanpa penggiliran
  • MBK di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK)/ Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) dan PPKI hadir secara bersemuka tanpa penggiliran 

c) Pembukaan semula sekolah dalam Fasa 3 PPN

Kategori murid yang terlibat adalah seperti berikut :-

1) Sekolah Rendah

  • Semua murid prasekolah hadir secara bersemuka tanpa penggiliran
  • MBK di SKPK dan PPKI hadir secara bersemuka tanpa penggiliran 

2) Sekolah Menengah

  • Murid kelas peperiksaan Tingkatan 6 Semester 2 hadir secara bersemuka tanpa penggiliran
  • Murid pra-universiti di Sekolah Sukan Malaysia hadir secara bersemuka tanpa penggiliran
  • Murid kelas peperiksaan antarabangsa iaitu International Baccalaureate Diploma (IBD) tahun 2, IGCSE O-Level, A-Level dan Australia Higher School Certificate hadir secara bersemuka tanpa penggiliran
  • MBK di SMKPK/ SMPKV dan PPKI hadir secara bersemuka tanpa penggiliran
  • Murid kelas peperiksaan awam seperti SPM, SVM, STAM dan STPM serta peepriksaan antarabangsa yang setara di sekolah harian/ sekolah swasta hadir secara bersemuka dengan penggiliran
  • Murid kelas peperiksaan awam seperti SPM, SVM, STAM dan STPM di sekolah berasrama sepenuhnya hadir secara bersemuka tanpa penggiliran

d) Pembukaan semula sekolah dalam Fasa 4 PPN

Bagi fasa 4 PPN, sekolah akan di buka secara berperingkat. Ianya bagi memastikan semua pelajar dapat menghadirkan diri ke sekolah secara bersemuka dan bukan lagi secara alam maya.

Diharapkan dengan penulisan kali ini dapat membantu ibu bapa dalam memahamai setiap satu garis panduan pengurusan dan pengoperasian sekolah 3.0 dengan lebih mudah lagi. Pada masa yang sama, ibu bapa boleh melakukan persediaan awal dalam memenuhi keperluan semua pelajar.

Garis panduan

“Kejayaan akan datang di atas usaha yang anda lakukan, maka bersabarlah untuk mencapai kejayaan”

Rujukan:-

1) https://www.moe.gov.my/

2) Facebook RASMI Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *