Sesi persekolahan pada sesi 2021 bakal bermula tidak lama lagi (20 Januari 2021). Justeru itu, pelbagai garis panduan pengurusan pembukaan sekolah WAJIB pelajar mahupun guru ikuti.
Pasti ramai pelajar yang teruja untuk masuk ke sekolah semula kerana sesi persekolahan pada tahun 2020 sangat singkat iaitu dalam 30% sahaja masa mereka disekolah. Justeru itu, pasti ramai diantara mereka yang teruja untuk sesi persekolahan pada kali ini.
“Dalam keterujaan untuk sesi persekolahan yang baru, jangan pernah dilupakan Standard Operation Practice (SOP) yang telah pihak Kementerian Kesihatan sediakan”
***Patuhi SOP supaya anda terhidar daripada virus COVID -19***
Tidak dilupakan juga bakal pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM bagi sesi 2020 yang ditunda pada 22 Febuari 2021 sehingga 25 Mac 2021. Anda adalah calon SPM yang teristimewa dan tiada istilah MALANG kerana perlu memakai pakaian sekolah walaupun sudah berusia 18 tahun. Keistimewaan ini hanya ada pada tahun anda sahaja, justeru itu nikmatilah saat ini dengan penuh kesyukuran.
***Sejauh mana anda lari, tarikh SPM tetap mendekati***
Teruja, teruja juga akan sesi persekolahan kali ini. Tetapi perlu sentiasa mengikuti SOP agar para pelajar terhindar daripada jangkitan virus COVID -19 ini. Hal ini kerana pelajar ada penyambung generasi muda yang akan datang.
Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Sekolah 2021
Sebelum kita ketahui serba sedikit berkenaan dengan garis panduan yang perlu diikuti, semua perlu ketahui dahulu objektif sebenarnya garis panduan ini dilaksanakan.Objektif garis panduan pengurusan pembukaan sekolah ini dilaksanakan adalah untuk memastikan :-
- Pengurusan sekolah dan asrama dapat berlaku dengan lebih teratur dan lancar mengikut SOP yang disediakan
- Keselamatan dan kesihatan murid, guru dan warga sekolah diutamakan semasa keberadaan mereka di sekolah dan asrama
- Proses P&P berlaku dalam keadaan selamat
Pihak sekolah perlu memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat untuk beroperasi serta WAJIB memastikan murid, guru dan warga sekolah yang hadir ke sekolah berada dalam keadaan sihat dan selamat tanpa sebarang gejala penyakit COVID -19.
a) Pihak sekolah perlu memberikan pendidikan berkenaan dengan virus COVID -19 kepada warga sekolah
Pihak sekolah perlu memberikan penerangan dan pendidikan mengenai virus COVID -19 dari semasa ke semasa agar murid, guru dan warga sekolah alert akan masalah pandemik ini. Pada masa yang sama, penerangan berkenaan dengan garis panduan pengurusan pembukaan sekolah kepada guru juga PENTING. Penerangan HARUSLAH terperinci dan mudah difahami terutamanya kepada murid sekolah.
Antara jenis pendidikan yang boleh dititikberatkan adalah:-
- Kepentingan penjagaan kesihatan seperti mencuci tangan dan menggunakan pensanitasi tangan (hand santizer)
- Kepentingan penggunaan pelitup muka
- Kepentingan amalan penjarakan sosial seperti yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia
Seterusnya, pihak sekolah WAJIB memastikan murid, guru dan warga sekolah mematuhi garis panduan yang ditetapkan bagi mengelakkan penyebaran virus COVID -19 dalam kalangan murid dan tenaga pengajar. Seterusnya, pihak sekolah juga perlu memantau P&P yang dijalankan dan memberikan sokongan yang bersesuaian kepada guru bagi melestarikan lagi pengajaran dan pembelajaran disekolah.
“Besar tanggungjawab seorang yang bergelar pendidik TETAPI tanggungjawab mereka tidak boleh terlihat dengan mata kasar SAHAJA”
b) Tiada perhimpunan / perkumpulan secara beramai-ramai
PERINGATAN!!!
Perhimpunan sekolah dan aktiviti lain yang melibatkan murid, guru atau warga sekolah berkumpul secara beramai-ramai tidak dibenarkan.
c) Kawasan pembelajaran murid sentiasa di sanitasi
Seterusnya, pihak sekolah WAJIB memastikan kawasan dan bangunan sekolah termasuk semua bilik pembelajaran dibersihkan SEBELUM sesi persekolahan bermula dan pada setiap hari SELEPAS tamat sesi persekolahan.
Dalam erti kata mudah, pihak sekolah perlu memastikan fokus utama pembersihan adalah pada permukaan yang sering disentuh dan pada paras ketinggian yang boleh dicapai oleh tangan seperti tombol pintu, suis lampu, singki, kepala paip, butang lif, pengepam tandas, pelapik duduk tandas, susur tangan dibersihakan sebelum dan selepas P&P berlaku.
d) Penyediaan susun atur kelas mengikut penjarakan sosial
Pihak sekolah perlu menyediakan pelan perancangan susun atur bilik darjah dengan mengoptimumkan penggunaan bilik-bilik khas dan lokasi-lokasi lain yang bersesuaian dan boleh berfungsi dengan baik untuk P&P. Mereka perlu memastikan semua bilik P&P disusun atur mengikut arahan penjarakan sosial sebelum sekolah dibuka.
Selain itu, pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi bagi setiap bilik darjah, bilik guru dan pejabat bagi mengurangkan risiko penyebaran virus.
e) Pengusaha kantin menyediakan makanan yang dibungkus
Selain pembelajaran di kelas, pihak sekolah juga perlu memastikan pengusaha kantin hanya menyediakan
makanan berbungkus SAHAJA. Penggunaan kerusi, meja dan
ruang makan di kantin TIDAK DIBENARKAN. Malahan, pihak sekolah perlu memastikan murid makan di dalam kelas dan di bawah seliaan guru pada waktu rehat
“Dahulu ramai yang mahu makan di dalam kelas kerana malas hendak keluar TETAPI kini pelajar sememangnya TIDAK BOLEH makan di kantin. Mereka hanya dibenarkan makan di dalam kelas sahaja”
Pihak sekolah (warden) perlu memastikan murid yang makan di dewan makan asrama pada waktu rehat dalam makluman guru bertugas.
INFO!!!
Bilik kesihatan/sakit di sekolah harian dan sekolah berasrama perlu dijadikan sebagai bilik ISOLASI bagi murid yang bergejala sebelum mendapatkan rawatan. Bilik ini perlu dibekalkan dengan pelitup muka serta sabun/pensanitasi tangan (hand sanitizer)
Bukan mudah untuk menjadi pendidikan dan bukan mudah untuk menyediakan satu persiapan bagi mendidikan anak bangsa. Maka, hargailah mereka kerana sesungguhnya mereka adalah frontliner bagi para pelajar.
Rujukan:-
1) http://www.moe.gov.my › 3449-ga…PDF
2)
https://www.moe.gov.my/takwim/takwim-sekolah-2021
Menarik