Gaya hidup yang sihat buat kanak-kanak Sekolah

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Anak merupakan anugerah yang terindah buat pasangan yang bergelar suami isteri. Justeru itu, mereka pasti akan melakukan pelbagai cara bagi memastikan anak mereka hidup dalam keadaan yang selesa walau dalam apa keadaan sekalipun.

Justeru itu, apabila menyebut berkenaan dengan sihat pasti yang bermain di minda pembaca adalah tiada menghidapi sebarang penyakit atau tidak mempunyai penyakit. Ya, maksud sihat yang sentiasa bermain di minda anda adalah betul, TETAPI maksud sihat bagi kanak-kanak adalah apabila mereka mampu aktif, cergas dan cerdas dalam setiap aktiviti yang dilakukan itulah takrifan sihat bagi mereka. Disebabkan oleh itu, sebagai ibu bapa pasti mahu melihat anak-anak sentiasa kekal sihat.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah:-

Pastikan corak pemakanan yang betul bagi kanak-kanak.

Bagi memastikan anak-anak kekal sihat dan cergas, corak pemakanan amat penting kerana melalui corak pemakanan yang betul mampu memastikan tumbesaran anak-anak sihat. Justeru itu, ibu bapa perlu lebih peka dalam penyediaan makanan anak-anak.

Pastikan setiap menu seharian anak-anak perlu ada semua yang dibawah ini.

Gaya hidup yang sihat buat kanak-kanak Sekolah 1
sumber gambar: pinterest

PERINGATAN

KURANGKAN pengambilan makanan yang berasakan gula kerana ianya akan menyebabkan anak-anak cenderung untuk mengambil makanaan yang manis di masa akan datang. ELAKKAN juga pengambilan makanan SEGERA kerana pengambilan makanan segera mampu menjadikan anak-anak mendapat berat badan yang berlebihan.


Sekiranya ibu bapa mempunyai masalah anak picky eater, terdapat beberapa tips yang boleh diikuti oleh ibu bapa.

Info Tambahan :  3 Panduan Portfolio Bidang Kreatif vs Teknikal

Antara Tipnya adalah:-

1) Beri peluang anak makan sendiri

Tujuannya adalah bagi memberi mereka ruang untuk mencuba semua jenis makanan yang diingini. Tetapi perlu diingati bahawa tindakkan ini akan menyebabkan meja makan bersepah. Walaubagaimana sekali pun, perut anak pasti akan berasa kenyang kerana berjaya makan semua jenis makanan yang diingini.

2) Sediakan makanan dalam jumlah yang sedikit

PERINGATAN!!!
Jangan pernah sesekali memaksa anak menghabiskan makanan dalam kuantiti yang banyak sekaligus.

3) Jadikan masa makan merupakan salah satu masa yang menyeronokkan

Setiap perbuatan mampu menjadi memori yang manis atau duka buat anak-anak. Justeru itu, jadikalah masa makan salah satu memori yang terindah buat anak-anak bagi memastikan mereka seronok di meja makan dan sekaligus meningkatan selera makana tanpa memikirkan jenis makana yang di ambil.

4) Pastikan anda berkuasa terhadap makanan yang anak anda pilih

Walaupun secerewat mana anak anda, pastikan anda mempunyai hak dalam pemilihan makanan anak agar pemilihan makanan lebih sihat.

5) Biarkan anak ikut dalam pembelian dan penyediaan makanan

Ianya bertujuan bagi memastikan mereka lebih teruja untuk makan makanan yang disediakan sendiri.

6) Pelbagaikan menu harian dan bijak mengantikan makanan gantian

Tujuan pelbagai menu ini adalah bagi memastikan anak-anak tidak bosan dengan menu yang ada. Selain itu, ibu juga perlu bijak dalam mengantikan makanan yang mempunyai khasiat yang tinggi seperti susu menjadi smooties fruits supaya anak-anak tetap mendapat khasiat susu walaupun tidak mengambil susu secara langsung.

Info Tambahan :  Pusat Tuisyen KAMI: Membangun Peluang Melalui Pendidikan Berkualiti

Kekal aktif

Gaya hidup yang sihat buat kanak-kanak Sekolah 2

Kekal aktif disini membawa maksud, ibu bapa perlu memberi anak sedikit ruang masa untuk beriadah agar mereka kenal erti berpeluh BUKAN memberi mereka masa untuk bermain gadjet seperti telefon bimbit atau palystation. Permainan seperti itu tidak akan membantu dari segi perkembangan otak kanak-kanak malahan semua mainan berbentuk gadjet menarik semua zaman kanak-kanak mereka tanpa disedari. Justeru itu, berikan anak-anak ruang untuk kekal aktif TETAPI haruslah dibawah pantauan ibu bapa.

Antara cara untuk memastikan anak-anak kekal aktif adalah seperti:-

– Memberikan mereka masa beriadah diluar bersama rakan-rakan seusianya
– Memberi anak-anak galakkan dalam bentuk permainan yang berbeza
-ELAKKAN anak-anak daripada bermain gadjet

Memberi mereka masa untuk berehat yang mencukupi

Masa rehat yang mencukupi ini amat PENTING bagi tumbesaran kanak-kanak kerana:-


– Membantu menguatkan daya ingatan dan focus dalam melakukan tugas
– Mampu membantu dalam mengawal emosi kanak-kanak
– Kurangnya berada letih dan lesu ketika berada disekolah
– Membantu dalam penumbuhan dan pemulihan tisu tubuh

Justeru itu, sebagai ibu bapa kita harus sentiasa peka dalam perkembangan anak-anak agar mereka kekal sihat. Pelbagai cara yang boleh diambil poleh ibu bapa bagi memastikan anak mereka kekal sihat dan cerdas TETAPI semua itu pilihan ibu bapa mahu anak kekal sihat dengan persekitaran yang sihat atau kekal sihat TETAPI dalam persekitaran yang tidak sihat.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top