Gemar Kerja Yang Bertangguh

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Print this page
Kerja bertangguh boleh membebankan

Dalam meneruskan kehidupan kita akan sentiasa dihujani dengan tanggungjawab dan kerja yang banyak. Hal ini lebih ketara bagi mereka yang mempunyai jadual yang ketat serta banyak tanggungjawab yang dipikul. Kerja yang banyak ini boleh membuatkan ianya tertangguh sehingga boleh menimbulkan stress kepada kita.

Kebiasaanya, stress dari kerja yang banyak ini berpunca dari pelbagai sikap manusia itu sendiri yang tidak dirawat dan dikenalpasti. Perbuatan seperti tidak menetapkan fokus dalam kerja merupakan sebab utama kerana ketiadaan fokus ini menyebabkan kerja tidak mempunyai matlamat sebenar serta menjadikan kerja dan pelaksanaan yang tidak berarah. Membuat keputusan dan pembaikan yang tidak kena pada tempatnya kerana hilangnya fokus itu sendiri.

Menganggap tanggungjawab atau sesuatu itu tidak penting juga boleh membuatkan seseorang itu menanguhkan kerjanya. Menganggap sesuatu tidak penting itu adalah wajar sekiranya ianya bukan dari tanggungjawab kita. Tetapi menganggap tidak penting kepada perkara yang pasti tugas dan tanggungjawab kita sedikit sebanyak boleh menganggu keutamaan pelaksanaan penyelesaiannya.

Kadangkala kekurangan kemahiran melakukan seuatu tugas itu juga boleh membuatkan seseorang itu menanguhkan pelaksanaan tugasnya. Kekurangan kemahiran yang ada juga boleh menjadikan minat seseorang itu untuk menyelesaikannya juga terbentuk. Sikap tidak mahu ambil peduli ataupun belajar kemahiran menyelesaikannya boleh membuatkan tugas atau tanggungjawab itu tidak dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin sehingga boleh menimbulkan stress seseorang.

 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here