Geran Khas Prihatin RM3000 LHDN

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Jika anda mempunyai perniagaan sendiri secara kecil-kecilan bolehlah ambil peluang memohon di Geran Khas Prihatin RM3000 LHDN. Kenapa RM3000 kerana mengikut sumber ada peruntukan One-off RM 3000 kepada pengusaha.

Pengenalan Geran Khas Prihatin GKP

Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Info Tambahan :  YPJ 2023: Permohonan, Syarat dan Panduan Lengkap
Geran Khas Prihatin GKP LHDN
Geran Khas Prihatin GKP LHDN

Syarat Kelayakan Memohon

  1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan- Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik; dan
  3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan
  4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan
  5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Cara Mohon Geran Khas Prihatin GKP LHDN

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima.

Info Tambahan :  Cuti Sabatikal: Apa Itu dan 3 Cara Bagaimana

Tarikh Permohonan dibuka

Permohonan Geran Khas PRIHATIN dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020.

GKP Info Grafik
GKP Info Grafik

Semakan Permohonan

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020. Pembayaran Geran dijangka pada Jun 2020

Tidak berdaftar dengan LHDN

Anda masih layak memohon walaupun anda tidak berdaftar dengan LHDN dengan syarat anda berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM atau Pihak Berkuasa Tempatan PBT.

Cara Penerimaan Bayaran

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh terus ke Soalan Lazim Permohonan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *