GIATMARA : Syarat Kelayakan Kemasukan Giatmara Malaysia 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

GIATMARA merupakan sebuat institusi latihan peringkat akar umbi yang ditubuhkan di bawah akta syarikat dan dikenali sebagai GIATMARA. Sendirian Berhad. Pentadbirannya diletakan dibawah MARA, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). 

TAHUKAH ANDA!!!

Penubuhan ini bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar. Ianya bagi membolehkan para belia mendapat kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta usahwanan di daerah setempat dan dalam negara.

VISI : Menjadi Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional sepanjang hayat yang terunggul dan dikitiraf di peringkat Negara dan Antarabangsa

MISI : Menyediakan latihan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti dan memenuhi kehendak Negara bagi mewujudkan tenaga kerja mahir dan bakal usahawan bumiputera yang berdaya saing.

OBJEKTIF GIATMARA:-

  • Melahirkan tenaga mahir negara
  • Mewujudkan usahawan
  • Membantu membasmi kemiskinan

GIATMARA : Syarat Kelayakan Kemasukan Giatmara Malaysia 2021

Giatmara

GIATMARA telah menawarkan 39 jenis kursus di bawah 12 jenis kluster iaitu:-

  • Kluster Mekanikal
  • Kluster Seni Bina
  • Kluster Pengangkutan
  • Kluster Pembuatan
  • Kluster Creative Media
  • Kluster Elektrikal
  • Kluster Komputer dan IT
  • Kluster Fabrik
  • Kluster Elektronik/ Mekatronik
  • Kluster Kulinari
  • Kluster Hairdressing dan Cosmetology
  • Kluster Hospitaliti 

12 tawaran kluster ini merupakan kursus seppenuh masa yang ditawarkan oleh pihak GIATMARA. Justeru itu, bagi calon atau pemohon yang beminat untuk mengikuti kursus sepenuh masa boleh mengikuti 12 kluster yang disediakan ini.

Antara syarat kelayakan kemasukan adalah seperti:-

  • Bumiputera
  • Sihat tubuh badan
  • Boleh membaca, menulis dan minat (3M)
  • Berumur dari 15 tahun dan ke atas
  • Berminat dengan bidang yang dipohon
  • Tamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik dan Penjaga Jentera Elektrik 
Info Tambahan :  Program PENJANA KPT - CAP 2020

Hubungi Kami :-
GIATMARA Sendirian Berhad
Wisma GIATMARA,
No 39 & 41
Jalan Medan Tuanku,
50300 Kuala Lumpur
Tel : +603- 2691 2690

Disebabkan dunia kini hanya dihujung jari, maka pihak GIATMARA juga semakin advance berkenaan dengan aplikasi yang mereka gunakan. Justeru itu, pihak mereka sudah menggunkan sistem pelatih GIATMARA (GSPEL). 

Giatmara

Apa itu GSPEL?

GSPEL adalah sistem pengurusan pelatih. Ianya adalah satu sistem yang berasaskan aplikasi web bagi mengurus sepenuhnya proses pengambilan atau ekamsukan pelatih sehingga tamat bagi ibu pejabat GIATMARA, Pejabat Negeri dan juga semua pusat GIATMARA di seluruh Malaysia. 

TAHUKAH ANDA!!!

Sistem GSPEL ini juga menguruskan:-

  • Proses permohonan pelatih secarra atas talian
  • Proses temuduga dan pendaftaran pelatih di pusat GIATMARA
  • Proses pengurusan dan pengeluaran elaun pelatih
  • Proses pemarkahan dan pensijilan pelatih
  • Proses mengemaskini maklumat pelatih

Menerusi penggunaan manual ini, pengguna akan menerangkan tatacara penggunaan sistem GSPEL bagi modul permohonan baru untuk rujukan pemohon. Antara cara untuk melakukan pemohonan baru adalah:-

Langkah1 : Masukan alamat portal sistem GSPEL https://gspelpilot.giatmara.edu.my

SEKIRANYA MEMBUAT PERMOHONAN BARU, maka KLIK “Permohonan Online”

Langkah 2 : Sekiranya ini adalah permohonan pertama, klik butang “Permohonan Baru”

Langkah 3 : Skrin “Semak Maklumat pelatih” akan dipaparkan. Masukan maklumat ID dan klik butang “seterusnya”

PERHATIAN!!!

  • Sekiranya maklumat ID tiada di dalam sistem, rujuk Langkah 4
  • Sekiranya maklumat ID sudah sedia ada di dalam sistem, rujuk Langkah 12.
Info Tambahan :  Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN)

 

Langkah 4 : Skrin seperti di bawah ini akan dipaprkan. Lengkapkan semua maklumat dan klik butang “simpan dan seterusnya”

Giatmara


Langkah 5 : Skrin Maklumat Am seperti bawah akan dipaparkan. Setelah selesai membuat pilihan, klik butang “Simpan dan Seterusnya”

Giatmara


Langkah 6 : Skrin “kursus-kursus pilihan” seperti di bawah akan di paparkan. Klik pautan “di sini” sekiranya ingin melihat senarai kursus-kursis yang ditawarkan di sini. Setelah emmbuat pilihan, klik butang “simpan dan seterusnya”

Giatmara


Langkah 7 : Skrin “Maklumat Penjaga” akan di paparkan. Setelah selesai membuat pilihan dan melengkapkan maklumat, klik butang “simpan dan setersunya”

Langkah 8 : Skrin “tempat tinggal” akan dipaparkan. Setelah selesai membuat pilihan, klik butang “simpan dan seterusnya”

Langkah 9 : Skrin “perakuan” akan dipaprkan. Tanda pada bahagian pengakuan dan klik butang “simpan dan seterusnya”

Langkah 10 : Skrin “permohonan pelatih GIATMARA” akan dipaparkan. Klik butang “cetak permohonan” untuk mencetak salinan borang permohonan yang dihantar

Langkah 11 : Sekiranya maklumat telah sedia ada di dalam sistem skrin, “kemaskini borang permohonan”

Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu mereka yang sedang mencari peluang untuk menyambung pelajaran. Tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini sekiranya ALLAH redha dengan setiap perbuatan kita. Justeru itu, JANGAN pernah putus harapan dengan bantuan yang ALLAH sediakan. 

Giatmara

***SELAGI ADA MATAHARI MAKA AKAN ADALAH SINAR KEJAYAAN***

Rujukan :-

http://giatmara.edu.my/language/ms/pensijilan/

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments