Graduasi – Bukan Sekadar Topi dan Jubah

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Graduasi - Bukan Sekadar Topi dan Jubah 1

Sekarang ramai yang sedang dalam mood bergraduasi. Sayangnya saya tidak termasuk dalam golongan tersebut. Perjuangan saya masih berbaki setahun setengah. Kawan-kawan sebaya ramai yang dah lepas.

Entri ini ditulis untuk mengingatkan semua graduan bahawa anda tidak boleh terlalu berseronok dengan situasi anda kini. Ya, gembira kerana penat lelah selama 3 – 5 tahun ini berhasil. Tetapi harus diingat , bahawa graduasi bukan sekadar mengenai topi dan jubah yang dipakai itu, lalu mengambil gambar sebanyak mungkin.

Hakikatnya, graduasi adalah tangga pertama kepada semua masa depan anda.

Tanggungjawab yang berat menanti kita semua. Apakah kita bersedia melaksanakan tanggungjawab kita membangunkan ummah dengan segulung ijazah yang kita miliki. Inilah sebenarnya tugas utama kita. Semua orang yang berkelayakan bertanggungjawab untuk masa depan masyarakat. Dengan ijazah itulah kita mempu melaksanakan tugas kita.

Apakah yang dimaksudkan dengan tanggungjawab itu? Jangan fikir bahawa anda hanya memegang ijazah matematik atau sesuatu yang tidak zahir kesannya kepada masyarakat. Sebenarnya tidak. Bukan doktor atau guru sahaja yang perlu berbakti. Semua orang sebenarnya wajib melaksanakannya. Apakah wang PTPTN atau JPA itu duit ibu bapa anda? YA. Sememangnya, duit ibu bapa anda dan duit ibu bapa orang lain juga. Maka balaslah jasa itu.

Walaubagaimanapun, kepada yang belum ada rezeki untuk merasai menjadi graduan, bersabarlah. Masa anda akan tiba. Mungkin anda gagal sekarang. Namun anda tidak akan gagal selamanya. Berusaha dengan sesungguhnya.

Semoga kita sama-sama berjaya. InsyaAllah.

A little words of wisdom.

– “Let no feeling of discouragement prey upon you, and in the end you are sure to succeed.”  Abraham Lincoln

–  “If your ship doesn’t come in, swim out to meet it!” Jonathan Winters

–  “People often say that motivation doesn’t last. Well, neither does bathing – that’s why we recommend it daily.” Zig Ziglar

– “If you want to achieve excellence, you can get there today. As of this second, quit doing less-than-excellent work.” Thomas J Watson

– “The only place where success comes before work is in the dictionary.” Vidal Sassoon

–  “Failure defeats losers, failure inspires winners.” Robert T. Kiyosaki

–  “I’ve been blessed to find people who are smarter than I am, and they help me to execute the vision I have.” Russell Simmons

– “Success is liking yourself, liking what you do, and liking how you do it.”  Maya Angelou

– “Success is walking from failure to failure with no loss of enthusiasm.” Winston Churchill

–  “Without continual growth and progress, such words as improvement, achievement, and success have no meaning.” Benjamin Franklin

–  “Big pay and little responsibility are circumstances seldom found together.” Napoleon Hill

– “The road to success and the road to failure are almost exactly the same.” Colin R. Davis

Graduasi - Bukan Sekadar Topi dan Jubah 2

Terakhir sekali, TAHNIAH KEPADA PARA GRADUAN!

 

 

 

 

 

 

Wallahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *