Guru Perlu Ambil MUET Jika Bukan Opsyen Bahasa Inggeris

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Satu berita dan ulasan menarik bagi guru bukan opsyen bahasa inggeris kerana perlu mengambil MUET untuk penguasaan yang lebih dalam mendidik pelajar. Menurut berita yang kami terima, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching guru bukan opsyen BI perlu mengambil MUET untuk dibenar mengajar subjek bekenaan.

Guru Perlu Ambil MUET
Guru Perlu Ambil MUET

“ Guru bukan opsyen bahasa Inggeris perlu menduduki peperiksaan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) bagi melayakkan mereka mengajar bahasa berkenaan, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Beliau berkata, langkah itu perlu bagi memberi peluang kepada guru berkenaan dibenar mengajar bahasa itu selain perlu mempunyai tahap kelayakan penguasaan minimum C1 dalam kelayakan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR).

Info Tambahan :  Permohonan UPU 2024 dan Tarikh penting UPU

Ia juga bagi membolehkan guru berkenaan menukarkan opsyen masing-masing untuk mengajar bahasa Inggeris.

“Ini adalah usaha kerajaan untuk memastikan guru bahasa Inggeris mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa itu. Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk melahirkan guru yang berupaya menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

“Kerajaan juga bersedia memberikan latihan secara praktikal dan online bagi meningkatkan tahap penguasaan dalam bahasa Inggeris,”- Petikan BERNAMA & Kosmo Online

Maklumat ini berikutan sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Darul Ridwan pada 10 mei 2019.

Apa reaksi guru dengan perkara ini?, ada yang berminat mengajar Bahasa Inggeris dan ingin mengambil MUET kembali? Bagaimana pula dengan guru yang telah mengambil MUET semasa tingkatan 6 sebelum ini? . Mungkin ada banyak perkara lagi yang ingin disuarakan oleh guru mengenai isu ini.

2 thoughts on “Guru Perlu Ambil MUET Jika Bukan Opsyen Bahasa Inggeris

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *