Guru yang diminati pelajar

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Setiap lebih dari 2 kali setahun beratus dan beribu guru baru ditempatkan di merata Malaysia ini. Guru tersebut dilatih oleh pelbagai institusi pendidikan di negara ini. Pelbagai kemahiran yang diajar untuk menjadi guru yang hebat dan berkesan. Namun demikian masih kita dengar guru yang tidak menghayati tugas dan peranannya dalam mendidik dengan berkesan.

Terdapat beberapa perkara yang boleh dibincangkan bekenaan ciri-ciri guru yang disukai pelajar. Guru yang disukai pelajar penting untuk melancarkan lagi keberkesanan penyampaian ilmu yang hendak diajar serta mencetuskan persekitaran yang harmoni dan ceria ketika proses pembelajaran berlaku.

Perkara utama hendaklah guru itu sendiri perlu menanamkan sikap dan keinginan suka mengajar. Moral yang menurun dan mengajar dalam keadaan terpaksa boleh menurunkan kualiti penyampaian dan tarikan kepada pelajar-pelajar

Guru juga buka sekadar mendidik tetapi membimbing pelajar dengan membantu sekadar termampu. Guru boleh membimbing dengan membantu memandu pelajar menguruskan masalahnya, menjadi pendengar yang baik supaya pelajarnya menjadi selesa dan mesra dengan guru tersebut. Menjaga hal ehwal pelajar termasuk emosi juga perlu demi menjadikan guru tersebut lebih dekat dengan masalah dan kesulitan yang dihadapi.

Kadangkala pelajar juga perlu dibimbing akhlaknya, membimbing akhlak pelajar melalui teguran yang membina serta contoh yang baik memberikan sentuhan perasaan dalaman kepada pelajar untuk lebih bersemangat dalam menjadikian diri berakhlak mulia.

Dalam ko kurikulum juga penting untuk guru bergiat aktif kerana melalui sukan dan aktiviti luar bilik darjah guru akan memberikan variasi dalam corak pendidikan melalui cara tidak formal hingga boleh merapatkan hubungan dengan pelajar. Selain itu, Guruu juga boleh menganggap pelajarnya seperti anaknya sendiri dengan berperanan dan mendidik sekadar mampu untuk mendekatkan diri pada pelajar yang memerlukan panduan.

Akhir sekali guru tidak mencuri waktu dalam kerjanya, ini mungkin sesuatu yang tidak kurang pentingnya kerana gurulah yang menunjukkan contoh yang baik kepada pelajarnya. Kadangkala ada pelajar yang menunggu gurunya masuk ke kelas tetapi kecewa bila guru tidak hadir. Begitu juga pelajar yang gembira hendak memulakan sesuatu, tetapi kecewa bila terpaksa dibatalkan kerana ketiadaan guru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *