Dalam kehidupan kita ini, kita dihidangkan dengan banyak pilihan dan cabaran. Cabaran yang datang kadangkala menjangkau tekaan kita dan kadangkala tidak sanggup kita lalui. Dalam menghadapi cabaran kita juga ditawarkan dengan pelbagai pilihan. Pilihan-pilihan tersebut mungkin boleh mendatangkan kebaikan atau keburukan tetapi yang pastinya setiap pilihan tersebut perlukan kita untuk membuat keputusan samaada mencubanya ataupun tidak.
Sebut pasal mencuba, mungkin ada antara kita mula bimbang apabila dihidangkan sesuatu yang memerlukan kita untuk mencubanya. Katakanlah kita minat membuat kek, sedangkan kita ketika itu mempunyai kemahiran membuat kek dan ketika itu juga kita memerlukan wang lebih untuk menyara hidup. Tetapi kita takut untuk mencuba kerana kita risau akan rugi besar. Dalam kepercayaan diri ingin selamat dan tidak mahu menanggung risiko mencubanya kerana risaukan akan berlaku kesilapan yang besar dalam hidup. Oleh kerana itu kita mula mengendurkan diri dan memilih untuk tidak berusaha mencubanya. Apabila tiba masanya apabila kita melihat kejayaan orang lain, mulalah kita akan menyesal kerana kita tidak mencubanya.
Orang yang tidak berbuat sesuatu pastinya tidak melakukan kesilapan yang besar, tetapi tanpa disedari tidak berbuat apa-apa sebenarnya kesilapan yang besar