Hala Tuju Pelajar selepas UPSR
Semua pelajar yang sudah selesai menduduki peperiksaan UPSR pasti tengah fikirkan dimana hala tuju seterusnya untuk menlanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi demi mencapai cita-cita dan impian dalam kehidupan.
Pilih sekolah yang betul-betul selesa dengan kamu yang penting sesuai mengikut keputusan UPSR yang kamu dapat. Faktor keselesaan tempat sekolah baru ini amat penting kerana sekolah yang selesa amat mempengaruhi prestasi semasa pelajar. Jika tidak selesa maka pretasi pembelajaran pasti akan jatuh merundum dan boleh mengakibatkan hilang minat untuk belajar. Oleh itu pilih la sekolah yang selesa dengan kamu.
Adalah lebih baik memilih sekolah yang mempunyai asrama untuk memudahkan fokus belajar, kerana di asrama semua sudah teratur masa makan, bersukan dan belajar. Selain daripada masa yang teratur kamu juga akan lebih belajar berdikari tanpa mengharapkan orang tua. Yang paling penting duduk asrama keselamatan terjamin.
Ibu bapa hendaklah memainkan peranan besar bagi memastikan anak mereka lebih bersedia menginjak ke sekolah menengah yang merupakan alam baru bagi mereka. Mereka patut lebih bersikap terbuka dan menerima sekolah yang telah ditentukan oleh pihak berwajib.
Masukan anak ke sekolah agama, ini amat penting bagi melahirkan seorang pelajar yang mempunyai ilmu keagamaan yang banyak agar dapat membimbing diri dan keluarga. Selain itu pelajar akan sentiasa beradab, berdisiplin dan yang paling penting sentiasa dekat dengan tuhan.
Inilah hala tuju yang terbaik untuk anak-anak lepasan UPSR. Jika kamu membuat pilihan yang tepat percayalah kamu pasti akan berjaya dalam kehidupan. Hala tuju yang benar kejayaan di raihkan.