Halatuju Permohonan Tingkatan 1 Lepasan UPSR

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Halatuju Selepas UPSR

Halatuju Permohonan Tingkatan 1 Lepasan UPSR 1
UPSR

Keputusan UPSR telah diumumkan, selepas UPSR pelajar akan dimasukkan ke Tingkatan 1, tetapi tahukah anda, ada banyak pilihan permohonan tingkatan satu yang disediakan untuk memberikan kemudahan serta persekitaran yang bersesuaian dengan kebolehan anak masing-masing?

Sebenarnya ada banyak permohonan yang disediakan, namun demikian saya ada sertakan sedikit informasi permohonan lepasan UPSR yang popular bagi membantu ibu bapa membuat pilihan tentang masa depan anak-anak masing-masing.

Permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Harian Biasa

Permohonan ini adalah biasa dibuat dimana setiap sekolah rendah mempunyai sekolah aliran tertentu untuk kemasukan pelajar tingkatan 1. Kemasukan ke sekolah menengah adalah disyorkan automatik ke sekolah menengah alirannya. Namun demikian walaupun ia adalah alirannya ia masih perlu mendaftar pada tarikh yang ditentukan oleh pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah kebiasaanya pada hari permulaan sekolah tahun tersebut. Sekolah harian biasa ini adalah dibawah penyeliaan dan pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia KPM

Permohonan ke Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA MRSM

MARA atau Majlis Amanah Rakyat juga membuka peluang kepada lepasan UPSR untuk memohon ke tingkatan 1. Sekolah-sekolah MRSM yang diseliakan oleh MARA ini merupakan sekolah yang membuat pemilihan tahap pencapaian akademik untuk diterima masuk belajar di tingkatan 1 dan 4. MRSM ini merupakan sekolah yang menjadi pilihan pelajar-pelajar cemerlang kerana ia mengumpulkan pelajar-pelajar pilihan cemerlang yang memohon. Persekitaran yang membina ini membuatkan pelajarnya cemerlang baik akademik atau ko kurikulum. Untuk kemasukan bagi 2012 ini permohonan sedang dibuka sehingga Disember, untuk memohon sila rujuk. KLIK SINI

Info Tambahan :  Temuduga Kerajaan : 5 Faktor Penyebab Gagal Dalam Temuduga

Permohonan Tingkatan 1 Kelas Rancangan Khas

Kelas Rancangan Khas KRK ini merupakan dibawah Kementerian Pelajaran dimana ia merupakan kelas khas yang mengumpulkan pelajar yang cemerlang UPSR di dalam satu kelas di sekolah harian biasa. KRK ini juga boleh memupuk suasana yang membina kerana persekitaran kelas yang mengumpulkan pelajar yang cemerlang akademik bersaing secara sihat antara satu sama lain dalam pencapaian akademik, selain itu ia memberi kemudahan kepada pelajar untuk tidak terlalu pergi jauh dari tempat kelahiranya kerana hampir banyak sekolah setiap negeri menyediakan kelas rancangan khas KRK. KRK ini juga memberi peluang kepada pelajar cemerlang yang tidak berjaya ke sekolah berasrama penuh mendapatkan situasi yang seakan sama di Kelas Rancangan Khas KRK. Untuk memohon bagi kemasukan 2012 ini bolehlah merujuk pada informasi xpresi sebelum ini KLIK SINI.

Permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh SBP

Kemasukan ke sekolah SBP ini juga pilihan yang bijak. Sekolah SBP ini adalah sekolah dibawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia dimana ia adalah sekolah terpilih dimana pelajarnya adalah dihimpunkan mempunyai keputusan akademik yang baik. Perbezaan berbanding Kelas Rancangan Khas ialah, walaupun kedua-dua dibawah Kementerian Pelajaran tetapi KRK adalah kelas di sekolah harian biasa manakala Sekolah Berasrama Penuh SBP ialah kesemua kelas-kelasnya adalah dari pelajar terpilih dari segi kecemerlangan akademiknya. Untuk memohon atau melihat maklumat lanjut permohonan bolehlah rujuk KLIK SINI

Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Sukan

Permohonan ke Sekolah Sukan dijalankan secara tidak terbuka. Kemasukan ke SSM ialah berdasarkan pencalonan dan tawaran terus kepada pelajar/ibu bapa bekenaan dan pemilihan berdasarkan Ujian Mengenalpasti Bakat (TID) yang dikendalikan oleh Usit Sukan JPN di peringkat negeri dan yang dikendalikan oleh BSSK di peringkat kebangsaan dan Melalui Program Talent Scouting (Ujian Mengenalpasti Atlet Berbakat) yang dijalankan sepanjang Kejohanan MSSM.

Info Tambahan :  KWSP : Caruman Pilihan Sendiri 2022

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan boleh terus bertanya kepada

Sekolah Sukan Bukit Jalil

Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.

Tel: 03 – 90587335 | Fax: 03-90587135

Sekolah Sukan Bandar Penawar

81900 Kota Tinggi, Johor.

Tel: 07 – 8223027 | Fax: 07 – 8223028

Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama SMKA

Sekolah Menegah Agama SMKA juga merupakan pilihan kepada calon UPSR yang berminat. Sekolah ini juga dibawah Kementerian Pelajaran dimana menawarkan matapelajaran pecahan kepada agama islam dalam pembelajarannya. Untuk memohon prosedur adalah seperti permohonan KRK dengan perlu merujuk kepada Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing selepas keputusan UPSR diumukan. Sebagai contoh permohonan yang dibuka kini ialah dari Jabatan Pelajaran Perak KLIK SINI.

* Sebenarnya masih ada lagi permohonan lain ke tingkatan 1, namun demikian saya sediakan sedikit informasi diatas bagi membantu ibu bapa dalam mendaftar dan membuat pilihan kepada anak masing-masing. Bagi mana-mana individu atau organisasi yang ingin membantu kami dalam informasi ini, bolehlah hubungi saya.

Diharapkan penyediaan informasi halatuju selepas UPSR dalam permohonan tingkatan 1 ini sedikit sebanyak memberi gambaran asas serta dapat membantu ibu bapa memilih dalam pendidikan menengah anak masing-masing.

18 Comments

  1. Ina Abd rahman
  2. Nur
  3. Muhd Adib Syakirin
  4. kimi
  5. Akmalhaikal
  6. wan nur afifah
  7. noordina
  8. nurul atikah
  9. suraya ahmad
  10. rozilah
    • afiq aiyman
  11. Siti Hajar

Leave a Reply