Halatuju Permohonan Tingkatan 1 Lepasan UPSR

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Halatuju Selepas UPSR

Halatuju Permohonan Tingkatan 1 Lepasan UPSR 1
UPSR

Keputusan UPSR telah diumumkan, selepas UPSR pelajar akan dimasukkan ke Tingkatan 1, tetapi tahukah anda, ada banyak pilihan permohonan tingkatan satu yang disediakan untuk memberikan kemudahan serta persekitaran yang bersesuaian dengan kebolehan anak masing-masing?

Sebenarnya ada banyak permohonan yang disediakan, namun demikian saya ada sertakan sedikit informasi permohonan lepasan UPSR yang popular bagi membantu ibu bapa membuat pilihan tentang masa depan anak-anak masing-masing.

Permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Harian Biasa

Permohonan ini adalah biasa dibuat dimana setiap sekolah rendah mempunyai sekolah aliran tertentu untuk kemasukan pelajar tingkatan 1. Kemasukan ke sekolah menengah adalah disyorkan automatik ke sekolah menengah alirannya. Namun demikian walaupun ia adalah alirannya ia masih perlu mendaftar pada tarikh yang ditentukan oleh pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah kebiasaanya pada hari permulaan sekolah tahun tersebut. Sekolah harian biasa ini adalah dibawah penyeliaan dan pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia KPM

Permohonan ke Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA MRSM

MARA atau Majlis Amanah Rakyat juga membuka peluang kepada lepasan UPSR untuk memohon ke tingkatan 1. Sekolah-sekolah MRSM yang diseliakan oleh MARA ini merupakan sekolah yang membuat pemilihan tahap pencapaian akademik untuk diterima masuk belajar di tingkatan 1 dan 4. MRSM ini merupakan sekolah yang menjadi pilihan pelajar-pelajar cemerlang kerana ia mengumpulkan pelajar-pelajar pilihan cemerlang yang memohon. Persekitaran yang membina ini membuatkan pelajarnya cemerlang baik akademik atau ko kurikulum. Untuk kemasukan bagi 2012 ini permohonan sedang dibuka sehingga Disember, untuk memohon sila rujuk. KLIK SINI

Info Tambahan :  Cara Beli Pin UPU 2024/2025

Permohonan Tingkatan 1 Kelas Rancangan Khas

Kelas Rancangan Khas KRK ini merupakan dibawah Kementerian Pelajaran dimana ia merupakan kelas khas yang mengumpulkan pelajar yang cemerlang UPSR di dalam satu kelas di sekolah harian biasa. KRK ini juga boleh memupuk suasana yang membina kerana persekitaran kelas yang mengumpulkan pelajar yang cemerlang akademik bersaing secara sihat antara satu sama lain dalam pencapaian akademik, selain itu ia memberi kemudahan kepada pelajar untuk tidak terlalu pergi jauh dari tempat kelahiranya kerana hampir banyak sekolah setiap negeri menyediakan kelas rancangan khas KRK. KRK ini juga memberi peluang kepada pelajar cemerlang yang tidak berjaya ke sekolah berasrama penuh mendapatkan situasi yang seakan sama di Kelas Rancangan Khas KRK. Untuk memohon bagi kemasukan 2012 ini bolehlah merujuk pada informasi xpresi sebelum ini KLIK SINI.

Permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh SBP

Kemasukan ke sekolah SBP ini juga pilihan yang bijak. Sekolah SBP ini adalah sekolah dibawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia dimana ia adalah sekolah terpilih dimana pelajarnya adalah dihimpunkan mempunyai keputusan akademik yang baik. Perbezaan berbanding Kelas Rancangan Khas ialah, walaupun kedua-dua dibawah Kementerian Pelajaran tetapi KRK adalah kelas di sekolah harian biasa manakala Sekolah Berasrama Penuh SBP ialah kesemua kelas-kelasnya adalah dari pelajar terpilih dari segi kecemerlangan akademiknya. Untuk memohon atau melihat maklumat lanjut permohonan bolehlah rujuk KLIK SINI

Info Tambahan :  YPJ 2023: Permohonan, Syarat dan Panduan Lengkap

Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Sukan

Permohonan ke Sekolah Sukan dijalankan secara tidak terbuka. Kemasukan ke SSM ialah berdasarkan pencalonan dan tawaran terus kepada pelajar/ibu bapa bekenaan dan pemilihan berdasarkan Ujian Mengenalpasti Bakat (TID) yang dikendalikan oleh Usit Sukan JPN di peringkat negeri dan yang dikendalikan oleh BSSK di peringkat kebangsaan dan Melalui Program Talent Scouting (Ujian Mengenalpasti Atlet Berbakat) yang dijalankan sepanjang Kejohanan MSSM.

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan boleh terus bertanya kepada

Sekolah Sukan Bukit Jalil

Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.

Tel: 03 – 90587335 | Fax: 03-90587135

Sekolah Sukan Bandar Penawar

81900 Kota Tinggi, Johor.

Tel: 07 – 8223027 | Fax: 07 – 8223028

Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama SMKA

Sekolah Menegah Agama SMKA juga merupakan pilihan kepada calon UPSR yang berminat. Sekolah ini juga dibawah Kementerian Pelajaran dimana menawarkan matapelajaran pecahan kepada agama islam dalam pembelajarannya. Untuk memohon prosedur adalah seperti permohonan KRK dengan perlu merujuk kepada Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing selepas keputusan UPSR diumukan. Sebagai contoh permohonan yang dibuka kini ialah dari Jabatan Pelajaran Perak KLIK SINI.

* Sebenarnya masih ada lagi permohonan lain ke tingkatan 1, namun demikian saya sediakan sedikit informasi diatas bagi membantu ibu bapa dalam mendaftar dan membuat pilihan kepada anak masing-masing. Bagi mana-mana individu atau organisasi yang ingin membantu kami dalam informasi ini, bolehlah hubungi saya.

Diharapkan penyediaan informasi halatuju selepas UPSR dalam permohonan tingkatan 1 ini sedikit sebanyak memberi gambaran asas serta dapat membantu ibu bapa memilih dalam pendidikan menengah anak masing-masing.

18 thoughts on “Halatuju Permohonan Tingkatan 1 Lepasan UPSR

  1. Assalammualaikum , anak saya berminat ingin memasuki Sekolah Sukan utk tingkatan 1 2018, mewakili sekolah, mewakili sukan sekolah2 persendirian juga mewakili sukan sekolah daerah. Bagaimana cara untuk mencuba. Perlukah saya dan suami berhubung terus denga Jabatan Pendidikan Negeri.

    Anak bersekolah dari Tahun 1 – 6 Sekolah Persendirian.

  2. Salam. Adakah anak saya berpeluang untuk memohon KRK sekiranya bersekolah rendah swasta?
    Bagaimanakah untuk mendapatkan senarai sekolah yang menawarkan program KRK di Selangor?
    Terima Kasih.

  3. Assalamualaikum,

    Saya bersekolah darjah 6 di sekolah swasta. Boleh terangkan cara bagaimana proses untuk saya mendaftar tingkatan 1 di sekolah menengah harian?

  4. assalamualaikum, saya nak tanya , keputusan upsr saya 2a1b2c . sekarang saya berumur 14 tahun . saya berminat dengan sekolah sukan . tapi , umur saya 14 ? boleh kah kalau saya bermohon kepada pengetua ?

    1. Waalaikumussalam.. sekolah sukan biasanya pengambilan selaras. maksudnya umur adalah sama pada tarikh kemasukan. Kalau nak cuba juga, boleh hubungi pengurusan sekolah sukan tu, itupun kalau ada kekosongan..

  5. Adik saya baru lepasan upsr.. dengan hanya mendapat kelulusan 3c,1d,1e .. saya harap dapat masukkan adik saya ke sekolah menengah agama.. tapi saya tak tahu sekolah agama mana yang menerima kelulusan adik saya itu..

  6. Permohonan ke SMKA telah dibuat tapi result anak saya 3A2B & result UPKK 8A.Macamana kalau anak saya nak jgk masuk SMKA Melur sedangkan syarat mahukan result 5A..

  7. Assalam..boleh bagi nombor telefon untuk saya hubungi..saya ingin memohon anak saya ke sekolah agama..tp saya terlewat untuk memohon kerana tarikh tutup 7 oktober..saya berharap dapat memberi peluang kepada anak saya untuk memohon mana-mana sekolah yang terbaik..

  8. Klu kita telah melalui ujian tid utk ke sek sukan brapa lama utk kita dpt tahu sama ada kita dapat@ tidak twran ke sek sukan utk tngktn 1 tu

    1. camana cara utk tukar dr sek harian ke sek harian yg lain.saya juga ada mohon ke high school tp xyakin dpt, kerana result upsr sy hya 3A,1B,1C.

Leave a Reply to Muhd Adib Syakirin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *