Halatuju Terbaik Selepas PT3

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Halatuju Terbaik Selepas PT3
Halatuju Terbaik Selepas PT3

Keputusan PT3 telah diumumkan baru-baru ini, pelajar juga perlu tahu halatuju terbaik selepas PT3 yang telah dilalui. Setiap orang sebenarnya mempunyai rezeki tersendiri, rezeki yang hadir sudah tentu berkait rapat dengan usaha yang telah dilakukan sebelum ini. Masa depan yang lebih baik jika mendapat keputusan PT3 yang cemerlang dan tidak semestinya akan terus gagal bagi yang tidak mendapat keputusan cemerlang.

Keputusan PT3 sebenarnya adalah penentu aliran yang akan dipilih nanti. Semakin tinggi keputusan maka semakin banyak aliran yang boleh dipilih mengikut minat anda sendiri. Oleh demikian, jangan terlalu bersedih sekiranya keputusan PT3 tidak memberangsangkan. Apa yang perlu anda lakukan ialah memilih aliran yang sebaiknya berdasarkan minat dan kemampuan anda.

Pemilihan Aliran

Minat dan kemampuan adalah 2 perkara penting yang perlu anda tahu :

Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

Minat

Setiap orang pastinya mempunyai minat yang berbeza, pembentukan minat seseorang terbentuk dari pelbagai faktor termasuk didikan, pengalaman dan cara hidup seseorang. Pastikan anda kenalpasti dahulu minat anda, minat anda boleh dikenalpasti dengan berjumpa kaunselor dan membuat sedikit ujian minat untuk mengetahui minat sebenar anda.

Kemampuan

Bidang kemampuan ini pula meliputi banyak faktor, faktor-faktor ini juga sangat penting untuk anda pertimbangkan. Kemampuan-kemampuan tersebut boleh diklasifikasikan sebagai

  • Kemampuan Akademik
  • Kemampuan Kewangan
  • Kemampuan perlaksanaan

Sebenarnya mungkin ada lagi kemampuan yang perlu anda fikirkan untuk membuat sebarang keputusan dalam pemilihan aliran.

Halatuju Selepas PT3

Perkara utama anda perlu mempunyai cita-cita pekerjaan yang bakal anda ceburi kelak, anda juga perlu buat  sedikit pemerhatian bidang pekerjaan yang sesuai untuk anda dan penawarannya. Berdasarkan kemampuan Akademik anda, cubalah anda selarasakan dengan minat anda yang anda kenalpasti melalui ujian minat. Dengan berbekalkan keputusan akademik dan pengenalpastian minat anda mungkin boleh memilih aliran yang anda nanti, pastikan anda membuat perancangan dan pertimbangan Kemampuan anda yang lain seperti kewangan keluarga, tempoh masa, perlaksanaan.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Aliran Selepas PT3

Sebenarnya ada banyak juga aliran selepas PT3 ini, Setiap aliran yang bakal anda ambil akan memperlengkapkan syarat permohonan ke universiti kelak. Pemilihan aliran yang betul akan memberikan haluan yang betul di universiti menuju pekerjaan yang ada idamkan kelak. Aliran yang popular kebiasannya dipilih ialah :

  • Aliran Sains Tulin
  • Aliran Sains
  • Aliran Perdagangan
  • Aliran Kemanusiaan
  • Aliran Sastera
  • Aliran Sains Sukan
  • Aliran Seni
  • Aliran Kemahiran

Pilihan Sekolah

Untuk sekolah pula, anda juga boleh memilih untuk ke MRSM, Sekolah Berasrama Penuh, Kolej Vkasional, Sekolah Men Teknik ataupun ke institut latihan kemahiran seperti Kolej Komuniti dan GiatMara.

Menentukan Halatuju Terbaik Selepas PT3

Sebenarnya penentuan halatuju terbaik selepas PT3 adalah hak individu berdasarkan penilaian Minat dan kemampuan seseorang. Setiap orang pastinya mempunyai minat dan kemampuan berbeza, individu yang berjaya pastinya akan melihat dan merancang kehadapan dan segera melakukannya SEKARANG.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *