Hantar Penulisan Anda Kepada Kami

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Hantar Penulisan Anda Kepada Kami 1
Penulis

Xpresi.org telah lama bertapak, maka sudah tiba masanya untuk kami bekerjasama dengan anda serta membuka peluang kepada penulis-penulis seperti anda berkongsi di xpresi.org ini. Sekurang-kurangnya anda dapat menyampaikan sesuatu maklumat serta mendidik perkara yang baik kepada lebih dari 10,000 hingga 40,000 pelawat membaca sehari di xpresi ini.

Oleh kerana, kerjasama dan pertolongan yang diberikan untuk menambah koleksi penulisan di xpresi.org ini. Kami juga menyediakan sedikit saguhati kepada penulis-penulis yang menghantar penulisan masing-masing. Upah bukanlah sesuatu yang utama, dalam memberikan didikan ilmu bermanfaat yang dibaca setiap saat juga merupakan pahala yang cukup bermakna. Walaupun demikian, kami tetap juga ingin memberikan saguhati kepada penulis iaitu sekitar RM 3.00 sehingga RM 8.00 satu penulisan.

 Syarat penulisan/penyertaan

  • Mestilah asli, bukan di tiru sepenuhnya dari maklumat di internet atau media cetak lain. ( disemak oleh sistem kami )
  • Semua orang layak sertai ( pelajar, mahasiswa/i, kakitangan kerajaan, swasta, kerja sendir, tidak bekerja, ibu bapa ) asalkan mempunyai kualiti penulisan yang sederhana baik dan baik melepasi penilaian kami.
  • Tema penulisan adalah berkaitan pendidikan, kerjaya dan bimbingan ( sekolah, IPT, Pekerjaan )
  • Saguhati RM 3.00 sehingga RM 8.00 satu penulisan, penulisan bukanlah bersifat iklan atau promosi.
  • Penulisan boleh dalam BM atau BI ( Kadar BI lebih tinggi )
  • Penulisan hendaklah sederhana panjang, menarik dan berinformasi.
  • Jumlah saguhati ditentukan oleh penilaian kami, lebih berharga penulisan – lebih tinggi bayaran diterima, begitu sebaliknya.
  • Penulisan terbaik akan menerima saguhati RM 50 ( akan dihubungi )
  • Setakat hari ini, penulis perlu ada akaun Maybank atau CIMB bank untuk memudahkan urusan pembayaran.
  • Pembayaran akan dibuat selepas artikel tersebut diterbitkan.
Info Tambahan :  Laman Web Mencari Peluang Pekerjaan Untuk Lepasan Sekolah

 Kelebihan

  • Maklumat yang ingin disampaikan dibaca oleh lebih 10,000 pelawat sehari.
  • Setiap penulisan boleh menggunakan nama sendiri atau nama panggilan lain ( digalakkan nama sendiri )

 Contoh penulisan

 Cara sertai/ menghantar penulisan

  1. Menjadi rakan ” Qstaff Penulis ” di Facebook KLIK SINI – Kami menghargai usaha anda, oleh itu jangan tulis dulu penulisan anda itu, Jadi rakan staff kami dahulu di facebook, hubungi staff kami tersebut melalui mesej peribadi FB, anda akan diminta untuk menghantar dahulu sedikit tajuk dan ringkasan penulisan yang akan dihantar pada kami. ( Tapisan 1 : Kami perlu pastikan idea anda menepati kehendak kami )
  2. Kami akan menghubungi anda melalui Mesej facebook anda sekiranya ia diterima.
  3. Anda mula menulis, penulisan hendaklah mengandungi nama anda ( nama sebenar atau nama panggilan ), tajuk penulisan dan penulisan anda.
  4. Hantar penulisan anda melalui mesej ke facebook ” Qstaff Penulis ” tadi.
  5. ( Tapisan: 2  Kami akan membaca penulisan anda ) dan apabila ia diterbitkan, kami terus membayar melalui no akaun bank yang anda beri. ( maybank atau cimb shj )
Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

 Penting :

  • Kami berhak untuk menolak sebarang penulisan sekiranya ia tidak menepati kehendak tema, polisi dan maklumat xpresi.org.

2 thoughts on “Hantar Penulisan Anda Kepada Kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *