Hanya Ambil 6 Subjek Teras SPM Boleh ke Diploma dan Luar Negara

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Baru-baru ini kami menerima pertanyaan dari pelawat yang bimbang tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana hanya mengambil 6 subjek teras SPM. Setelah ditanya dengan lanjut, calon tersebut hanya menerima tawaran yang disyorkan gurunya dan mengambil keputusan hanya mengambil 6 subjek untuk mengurangkan tekanan menghadapi SPM.

Pakej Popular Subjek SPM

Untuk pengetahuan, pelajar SPM kebiasannya mengambil 9-10 subjek dan ada juga yang mengambil sehingga 12 subjek. Subjek yang selalu diambil oleh pelajar SPM adalah seperti berikut :

CONTOH Pakej popular

Aliran Sains Tulin

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Kimia
  • Biologi
  • Fizik
  • Matematik tambahan
  • Pendidikan Islam/Moral

Aliran Kemanusiaan

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Sains
  • Pendidikan Islam/moral
  • Geografi
  • Ekonomi/ Prinsip akaun
  • Perniagaan
Baca Juga :  UPU Poket Semak Syarat IPTA

Pakej Asas Minima

Untuk pengetahuan, ada juga sekolah dan pelajar yang sengaja ingin mengambil pakej paling minima iaitu sekitar 6-7 subjek sahaja iaitu :

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Sains
  • Pendidikan Islam/ Moral

Jika dibandingkan pakej yang disenaraikan diatas, ada banyak subjek-subjek elektif yang digugurkan oleh calon pakej minima. Namun demikian, timbul persoalan adakah pelajar pakej minima ini boleh masuk ke universiti, melanjutkan pelajaran ke diploma atau belajar ke institusi lain?

Pakej minima masih boleh Sambung Belajar

Setelah kami teliti syarat kemasukan, sebenarnya walupun mengambil pakej minima, seorang pelajar masih boleh menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi seperti :

  • Layak ke Diploma seperti Kejuruteraan, pengurusan dan banyak lagi
  • Layak ke IKBN/ IKTBN
  • Adtec
  • JMTI
  • ILP
  • Politeknik
  • KKTM/ IKM
  • Luar negara

Untuk pengetahuan, setiap kursus yang ingin dipohon hanya memerlukan 3-4 subjek manakala subjek lain adalah sebagai penyokong kepada jurusan yang ingin dipohon. Oleh demikian walau hanya mengambil 6-7 subjek boleh melayakkan pelajar untuk diterima dalam permohonan.

Baca Juga :  Perbezaan Politeknik Premier dan Politeknik Konvensional

Walaubagaimanapun demikian, 2 subjek seperti bahasa melayu dan sejarah perlulah lulus dengan baikĀ  kerana 2 subjek ini penting untuk diterima masuk. Selain itu juga, subjek sains dan matematik juga diambil kira untuk diploma berkaitan kejuruteraan dan sains.

Apa yang lebih menarik lagi, sekiranya diploma kemahiran yang berjaya dengan cemerlang juga akan dapat memohon belajar ke luar negara.

Bagi yang mengambil lebih dari 6-7 subjek dalam SPM sebenarnya lebih menguntungkan, hal ini kerana jika ada subjek yang bermasalah ia boleh memohon kursus yang lain dengan menggunakan kelebihan subjek lain yang cemerlang. Namun demikian, subjek yang banyak sedikit sebanyak boleh memberikan tekanan tetapi jika pelajar boleh menguruskan dengn baik akan memberi kelebihan dalam membuat pilihan pengajian.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here