Hargai Jika Ada Masa Lapang

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Hargai Jika Ada Masa Lapang 1
Berehat yang berkualiti perlu ada dalam hidup

Bagi mereka yang banyak tanggungjawab serta tugas, masa lapang merupakan salah satu pekara penting dalam kehidupannya. Bagi mereka yang bekerja dari pagi sehingga petang dan disambung dengan tanggungjawab dirumah kadangkala sehingga malam mungkin memenatkan dan sangat memerlukan rehat.

Kadangkala jika kita merenung tentang kerja dan tanggungjawab ini seolah dalam kehidupan kita masa rehat seperti tiada langsung. Mungkin ada yang bekerja dan mengurus rumahtangga sehingga lewat malam dan membuat kesimpulan dirinya terlalu sibuk dan tiada masa. Hakikat sebenarnya, mungkin ada masa lapang tersebut tetapi mungkin diri kita tidak menyedarinya.

Masa lapang sebenarnya ada walaupun 10 minit, cuma kadangkala ada antara kita yang tidak menyedarinya dan sikap kita sendiri yang gemar mengisi masa lapang tanpa memikirkan tentang rehat. Mengisi masa lapang terutama kegiatan berfaedah memanglah baik untuk meningkatkan taraf hidup dan kecemerlangfan hidup. Namun demikian kerap kali kita lupa perlu juga masa lapang yang ada diisi dengan rehat. Kebanyakannya, sekiranya kita ada masa lapang akan berusaha berfikir untuk mengisinya dengan kerja-kerja yang ringan. Tetapi tanpa kita sedari, kerja yang disangka ringan itu mungkin meningkatkan lagi kesibukan kita. Hal ini sudah tentu menjadikan waktu rehat kita hampir tiada langsung. Oleh itu adalah perlu untuk kita fikirkan dan mula merancang untuk betul-betul rehat tanpa menyelitkan dengan sebarang kerja yang kita sangkakan ringan itu.

 

One thought on “Hargai Jika Ada Masa Lapang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *