Hari AIDS Sedunia – 1 Disember

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

 Hari AIDS Sedunia - 1 Disember 1

Siapa yang tahu 1 Disember setiap tahun adalah tarikh yang penting kerana inilah hari AIDS sedunia. Mengapa perlu kita kisahkan tentang perkara ini? Kerana kebanyakan mereka yang menghidap HIV memerlukan bantuan. Peratus penghidap HIV/AIDS adalah mereka yang berekonomi rendah di negara-negara mundur.

Satu kisah benar yang perlu diketaui semua. Ibu-ibu di negara-negara Afrika yang menghidap HIV terpaksa memberikan susu ibu kepada bayi-bayi mereka agar anak mereka tidak mati kebuluran. Akibatnya bayi-bayi kecil ini mendapat HIV. Mengapa? Kerana mereka tidak mampu memberikan susu formula akibat kemiskinan. Lebih baik mereka mati kerana AIDS daripada mati kebuluran.

Info Tambahan :  Permohonan UPU 2024 dan Tarikh penting UPU

Apa itu HIV/AIDS?

– HIV adalah ‘human immunodeficiency virus’

– AIDS adalah ‘Acquired immunodeficiency syndrome’

– HIV adalah virus yang menyebabkan AIDS.

– Tidak semua orang yang mendapat HIV akan mendapat AIDS.

– Semua orang yang mendapat AIDS adalah disebabkan oleh HIV.

– Cara HIV disebarkan adalah melalui darah, air mani, susu ibu. Bukan melalui air liur atau bersentuhan.

– Aktiviti yang boleh mnyebarkan HIV adalah termasuk seks dengan mereka yang mempunya HIV, pemindahan darah, luka, perkongsian jarum, dari ibu kepada anak dalam kandungan.

– Bermakna bukan semua yang mendapat HIV adalah kerana mereka melakukan perkara yang tidak elok.

Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

– Berkongsi makanan tidak menjangkitkan HIV.

– Bersalam, berpeluk, mencium, tidak menjangkitkan HIV.

Hentikan DISKRIMINASI terhadap penghidap HIV. Jangan menjadi orang yang suka menilai orang lain sehingga terlupa emnilai diri sendiri.

10 Facts on HIV/AIDS

World AIDS Day 2012: Getting to Zero

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *