Hari Asyura

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

10 Muharram 1433H. Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura, bererti sepuluh di dalam Bahasa Arab.  Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Sejarah

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh).

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Di hari tersebut (Asyura) Allah memenangkan Musa dan Bani Israel ke atas Firaun”.

Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian

Banyak peristiwa penting berlaku pada 10 Muharam yang menunjukkan kebesaran Allah. Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:

-Hari pertama Allah menciptakan alam.

-Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

-Nabi Adam a.s. dicipta.

-Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.

-Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.

-Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.

-Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.

-Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.

-Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.

-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..

-Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

-Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

Perkara sunat pada hari Asyura

1. Melapangkan masa / belanja anak, suami & isteri

  • fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
  • fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan amarah
  • fadhilat – di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat.
  • fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/ mengusap kepala anak yatim
  • fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syirga bagi tiap-tiap rambut yang diusapnya.
6. Bersedekah
  • fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
  • fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi sunat
  • fadhilt – tidak sakit berat pada tahun itu
  • lafaz niat : “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala”
9. Bercelak
  • fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca surah Al- Ikhlas[Qulhuwallah] 1000 kali
  • fadhilat – Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat 4 rakaat
  • fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya
  • lafaz niat : “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura 4 rakaat kerana Allah Taala”
  • Pada rakaat 1 & 2 selepas fatihah baca Al-Ikhlas 11 kali.
12. Membaca
  • “hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru”
13. Menjamu orang berbuka puasa
  • fadhilat – diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa
14. Puasa
  • Niat “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala”
  • fadhilat – diberi pahala 1000 kali haji, 1000 kali umrah dan 1000 kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Biarpun sunat puasa pada 10 Muharam lebih elok jika berpuasa sama ada pada 9 dan 10 atau 10 dan 11 Muharam bagi mengelakkan menyamai puasa orang Yahudi.

Wallahualam.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here