Hari yang mengembirakan

0
1

Dalam kehidupan kita tidak dapat lari dari rasa gembira dan sedih, adakalanya kita akan merasa gembira dan akan juga tiba masanya untuk kita bersedih. Begitu juga hari bersilih ganti samaada hari itu kita nantikan ataupun tidak. Mungkin menjadi sesuatu yang gembira apabila hari yang kita nantikan akan dan semakin dekat dengan kita tetapi jika hari yang gembira itu semakin berakhir kita akan rasa agak muram dan ada juga yang bersedih. Ini semua tidak dapat dielakkan. Sepertimana masa jarum saat itu tidak akan berhenti demi mengembirakan hati kita.

Jarum saat itu akan sentiasa berdetik satu gerakan demi satu gerakan sepertimana bumi yang berputar mengelilingi orbitnya. Dari itu harus kita terima kenyataan bahawa setiap yang bermula pasti akan berakhir. Penting untuk kita menerima kenyataan bahawa masa sentiasa berlalu, ia adalah demi menjadikan kita berada dalam realiti sebenar dan bersemangat menempuhi segala yang mendatang.

Menolak realiti boleh menjadikan individu itu bermasalah, secara logik apa yang telah lepas tidak boleh diundur kembali. Jika semua orang boleh mengundur waktu mengikut kemahuan sendiri maka akan kucar-kacirlah segala yang diatas mukabumi ini dan maka adalah individu yang bukan sekali tetapi berjuta kali mengundurkan perkara yang manis dalam hidupnya.

Kita dapat mengubati hati kita supaya menerima hari-hari ini dengan baik dengan mengubah cara pemikiran dengan berfikir bahawa setiap hari adalah indah dan gembira. Perlu untuk kita percaya bahawa anggapan kita terhadap sesuatu perkara buruk yang akan berlaku pada hari mendatang tidak semestinya seteruk yang kita sangka. Kadangkala kita akan dapat hadapinya dengan bantuan ramai orang disekeliling kita yang sama-sama menjadi ahli dalam pergerakan masa ini.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :