Hati-hati bila berkawan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Dalam kehidupan kita tidak lari dari perhubungan dengan orang lain. Berkawan merupakan sesuatu perhubungan yang penting kerana sifat manusia yang memerlukan pertolongan dan tempat bergantung. Namun demikian dalam persahabatan terdapat perkara yang perlu kita jaga supaya persahabatan itu terus berkekalan.

Perkara utama ialah kita jangan sesekali mengeluarkan kata kesat yang diikuti dengan pergerakan dan isyarat badan. Perbuatan ini boleh membuatkan rakan kita marah dan terguris hatinya. Kominikasi ini sangat penting dalam persahabatan kerana melalui komunikasilah isi hati diluahkan.

Tidak beri perhatian kepada kawan juga boleh menjadikan persekitaran yang tidak baik. Perhatian ini perlu kerana kebanyakan kawan kita berkawan untuk mendapatkan perhatian dan perkongsian dalam menjalani kehidupan. Perbuatan seperti tidak mempedulikan masalah kawan atau luahan hatinya membuatkan rakan kita terasa hati.

Ketika bercakap atau berkomunikasi, perbuatan menyekat percakapan kawan yang lain atau membangkang dengan bersungguh-sungguh juga adalah perbuatan yang perlu kita kawal. Memberi komen dan membangkang kawan di hadapan orang lain boleh menjatuhkan maruahnya serta menjadikan kawan kita rendah diri dan sedih.

One thought on “Hati-hati bila berkawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *