Hebahan Pelanjutan Penangguhan Pembayaran Pinjaman PTPTN

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Pelanjutan Penangguhan Pembayaran Pinjaman PTPTN

Berita baik bagi peminjam PTPTN, pihak PTPTN telah kata sepakat untuk melaksanakan pelanjutan penangguhan pembayaran pinjaman PTPTN walaupun seluruh dunia sedang hadapi cabaran getir akibat pandemik COVID -19 ini. Justeru itu, pihak kerajaan telah mengambil pelbagai pendekatan agar mereka dapat membantu rakyat walaupun sedikit.

Justeru itu, disebabkan pihak kerajaan telah menlaksanakan hampir separuh Negeri di Malaysia ini Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) maka pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN telah mengambil satu langkah kehadapan bagi melaksankan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN.

“Tujuan sebenar penangguhan ini adalah bagi membantu rakyat yang terkesan akan pandemik COVID- 19 ini dapat terus melestarikan kehidupan mereka semasa perlaksanaan PKP ini”

Sekiranya pihak PTPTN dengan kerjasama pihak kerajaan tidak membantu rakyat terutamanya graduan yang baru sahaja tamat pengajian. Maka, kehidupan para graduan yang baru sahaja hendak bermula semakin malap dan gelap. Justeru itu, pihak PTPTN menyambut baik segala cadangan yang pihak kerajaan berikan.

Info Tambahan :  5 Alat dan Perisian untuk Kerja dari Rumah

Pelanjutan Penangguhan Pembayaran Pinjaman PTPTN

Pelanjutan penangguhan pembayaran pinjaman PTPTNPTPTN akibat COVID -19 adalah seperti berikut:-

  • Penambahan masa penangguhan pembayaran balik selama tiga (3) bulan lagi bagi mereka yang layak
  • Tarikh penangguhan pembayaran balik bermula pada 5 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021

Menerusi pengumuman daripada YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi) pada 1 Januari 2021 lalu. Tujuan sebenar pelanjutan penangguhan pembayaran pinjaman PTPTN ini adalah bagi menjaga kebajikan peminjam agar mereka mampu meneruskan kehidupan mereka pada masa yang genting ini. Walaupun ianya kelihatan hanya bantuan yang kecil sahaja tetapi kesannya terhadap individu itu amat besar. Justeru itu, jangan pernah menganggap bahawa segala usaha yang diberikan adalah kecil. 

“Mungkin bantuan itu kelihatan kecil bagi mereka yang berkemampuan tetapi besar bagi mereka yang sudah kehilangan pelbagai bantuan”

Perlaksanaan pelanjutan penangguhan Bayaran Pinjaman PTPTN akibat COVID -19 ini adalah seperti berikut:-

  • Peminjam yang layak adalah yang HILANG pendapatan (DIBERHENTIKAN PEKERJAAN) dan yang terjejas pendapatan (PENDAPATAN BERKURANGAN)

Cara Permohonan Penangguhan Pinjaman PTPTN

Cara permohonan pelanjutan penangguhan bayaran Pinjaman PTPTN akibat COVID -19 ini adalah dengan cara:-

  • Peminjam perlu mengemukakan permohonan melalui Portal Rasmi PTPTN  
  • Tarikh permohonan bermula 5 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021
Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

 

PERHATIAN!!!
Tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan ketika permohonan dilaksanakan

  • Pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN untuk tempoh 3 bulan akan bermula pada bulan yang sama dengan kelulusan permohonan yang diberikan oleh pihak PTPTN dan 2 bulan ke hadapan di antara Januari hingga Mei 2021.
  • Penangguhan pembayaran akan diberitahu melalui email yang dikemukakan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukan permohonan

“Penangguhan pembayaran balik pinjaman PTPTN ini bukan secara automatik seperti penangguhan pembayaran balik sebelum Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) sebelum ini. Penangguhan pada kali ini hanya bagi mereka yang terkesan akan pandemik COVID -19 seperti mereka yang kehilangan pekerjaan atau bagi mereka yang mengalami penyusutan pendapatan akibat pandemik ini”

Sebelum melaksanakan permohonan peminjam DISARANKAN untuk mengemaskini semula maklumat diri (perhubungan tepat dan terkini). Ianya bagi memastikan segala maklumat berkenaan dengan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN sampai kepada pemohonnya.

Dinasihati bagi mereka yang tidak terkesan atau kurang terkesan akan pandemik COVID -19 ini anda boleh meneruskan pembayaran balik pinjaman melalui saluran yang disediakan.

“Setiap hutang yang dilakukan WAJIB dibayar semula kerana harta yang diperolehi menerusi hutang bukanlah harta kita yang sebenar-benarnya”

Segala perlaksanaan atau penangguhan pembayaran balik pinjaman PTPTN ini menunjukkan pihak kerajaan sangat prihatin akan masalah yang ditangguh oleh rakyat. Walaupun sebenarnya pihak kerajaan juga terkesan akan masalah pandemik ini tetapi kerajaan tetap mengutamakan rakayt bagi memastikan setiap rakyat dapat melestarikan kehidupan mereka pada musim yang sukar ini.

Segala maklumat lanjut berkenaan dengan permohonan pelanjutan pembayaran balik pinjaman PTPTN ini anda boleh menghubungi di talian:-
No- Telefon : 03- 2193 3000
Hari Operasi : Isnin sehingga Jumaat
Masa Operasi : 9.00 pagi sehingga 5.00 petang
Portal Rasmi PTPTN : http://www.ptptn.gov.my

Sekiranya, anda mempunyai soalan yang masih sukar untuk difahami anda boleh melayari portal rasmi PTPTN dan pergi ke slot soalan lazim berkenaan dengan Permohonan Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN ini. Janngan pernah berasa malu kerana anda memohon pelanjutan pembayaran balik ini. Lebih baik melanjutkan tarikh pembayaran daripada anda tiada niat langsung untuk membayar pinjaman pelajaran ini terus.
Pelanjutan Penangguhan Pembayaran Pinjaman PTPTN


Rujukan:-
http://www.ptptn.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *