Hormat menghormati tips akhlak insan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Hai..Salam persahabatan, fuh..lama betul tak menghantar artikel.. kali ini saya tergerak hati untuk menulis berkenaan salah satu resepi pemulihan akhlak insan.. resepi ini adalah di ubahsuai dan disesuaikan ikhlas utk panduan guru2 dan pemimpin2.. Asas salah satu resepi pemulihan akhlak ini sebenarnya berasaskan Teori Transactional analysis yang pelopornya Eric Berne.. dan ia juga ada kaitan dengan kata melayu.. ” Resam padi, semakin berisi… semakin tunduk “. Sebenarnya resepi dan pendekatan ini mempunyai faedah lain terutama mengurangkan stress orang yang dipimpin dan memimpin serta mengeratkan hubungan persaudaraan antara insan.Cara ini penting bagi melahirkan remaja atau insan yang baik hati dan berperikemanusiaan.
Adik2, kawan2 yang dikasihi sekalian, manusia dan haiwan mempunyai beza dari segi fikiran dan banyak kelebihan lagi. Manusia mampu berfikir untuk hidup serta berfikir untuk memperbaiki hidup, cara berfikir dan banyak lagi. atas kelebihan yang banyak tersebut meletakkan manusia jauh lebih mulia jika dibandingkan dengan haiwan. Tetapi kenapakan manusia kadangkala bertindak seperti haiwan?dimana perginya akal fikiran?Artikel kali ini bukan nak menyentuh tentang contoh2 salahlaku..tetapi berkaitan layanan manusia itu sendiri. maksud sy adakah manusia mahukan ia dilayan seperti haiwan?jika tidak mahu dilayan sedemikian, bagaimanakah caranya?

sebenarnya tingkahlaku langsang dan masalah2 sosial serta perbuatan yang melanggar undang2 masyarakat dan agama mengundang hukuman yang sudah tentu tidak menyenangkan kita. samaada hukuman itu datang dari undang2 negara, manusia mahupun dari maha Esa sudah tentu hukuman itu diberi nama hukuman dan semestinya hukuman itu memalukan kita serta menyakitkan serta memberikan stres kepada kita..Sebenarnya yang penting disini siapakah yang sebenarnya yang memilih kita diperakukan begitu?sebenarnya jika diselidiki kitalah yang menjadi punca kepada hukuman yang kita alami. sebab sesuatu hukuman dan akibat itu sentiasa ditujukan kepada sesiapa sahaja yang pasti mempunyai/ sesuai hak miliknya.

oleh dari asas itu, dapat kita tujukan resepi ini bukan kepada 1 pihak sahaja, tetapi dua pihak yang sentiasa berkaitan bersama :

Item 1 – Jika anda pemimpin, Boss, Pengarah, Ketua, Guru, dan sewaktu dengannya..

Golongan pemimpin ini seharusnya menanamkan sikap menghormati hak yang dipimpin, mengamalkan kasih sayang dan perikemanusiaan..Pemimpin juga harus mempunyai fikiran yang positif kepada yang dipimpin serta sentiasa meningkatkan ikatan persaudaraan dengan yang dipimpin..Pemimpin banyak mengutamakan kebajikan dan sentiasa bantu membantu antara yang dipimpin..Jangan sesekali mempergunakan yang dipimpin, segala tindakan yang diusahakan paling tidak pun menggunakan kaedah situasi menang2..pemimpin juga tidak perlu penting diri sendiri dan pemimpin juga perlu sentiasa berniat untuk kearah positif dan membuat kebajikan.Jangan sesekali memperakukan yang dipimpin seperti binatang. Adalah tidak sesuai juga seorang pemimpin hanya tahu bercakap, berbahas, mengkritik, menyuruh, mengarah sedangkan diri sendiri tidak turut sama menghayati kepayahan orang yang dipimpin. Hal ini penting bagi menyelaraskan penerimaan yang dipimpin seperti yang konsepnya seakan Transactional analysis dari Eric Berne.

Item 2 – Jika anda yang dipimpin, Pekerja bawah, dibawah pengarah,timbalan, pembantu ketua, pelajar, mahasiswa dan sewaktu dengannya..

Golongan yang dipimpin ini seharusnya menanamkan sikap hormat kepada ketua..mengamalkan kasih sayang dan kepatuhan .. yang dipimpin juga harus mempunyai syak yang positif kepada ketua serta meningkatkan ikatan persaudaraan dengan ketua..Yang dipimpin banyak menghargai kebajikan yang diberi ketua dan sentiasa bantu membantu bersama pemimpin..Jangan sesekali mengambil kesempatan atas kebaikan ketua, segala tindakan yang diusahakan paling tidak pun menggunakan kaedah hormat menghormati..Yang dipimpin juga tidak perlu penting diri sendiri dan juga perlu sentiasa berniat untuk kearah positif dan sentiasa menyokong misi dan visi ketua serta bekerja bersama2 ketua. Jangan sesekali memperakukan ketua dan organisasi hak sendiri. Adalah tidak sesuai juga seorang yang dipimpin hanya tahu merungut, curi tulang, mengkritik, memperguna ketua, tidak taat. Adalah lebih baik yang dipimpin mempunyai perasaan menghargai atas segala kebajikan yang diterima..” makin dihargai, makin taat ”

Keadaan situasi kedua2 yang diatas adalah sering berkaitan..kedua2 item diatas adalah perlu diketahui dan diperjuangkan kepada pemimpin dan dipimpin..sekiranya salah satu diatas tidak berjaya, maka resepi ini tidak akan menjadi. teknik ini hanya sesuai dipraktik jika organisasi kurang dari 2000 orang.

Walaubagaimanapun, pemimpin perlu memberitahu yang dipimpin serta yang dipimpin perlu sedia memahami bahawa “ anda yang pilih sejauh mana layanan yang anda dapat, jika anda mahu layanan buruk, maka buatlah, kerjalah dengan buruk…jika anda mahukan layanan baik, maka buatlah, kerjalah dengan baik “

Sekiranya anda pemimpin yang mendapat yang dipimpin mengamalkan item 2, maka anda gunakanlah item 1 anda..pasti suasana kerja anda amat2 seronok dan organisasi anda mantap. Dan sekiranya anda seorang yang dipimpin dan mendapat ketua yang seperti item 1, maka anda gunakanlah item 2 anda, pasti anda rasa gembira, tiada masalah sosial serta kearah positif.

Bagi item 2 perlu menanamkan dalam diri, “ semakin ketua/guru melayan baik aku, semakin ingin aku patuh/bersungguh2 padanya..”

Begitu juga bagi item 1 perlu menanamkan dalam diri “ semakin dibawahku hormat dan menyokongku, semakin ingin aku menjaga kebajikannya..”

Setelah item 1 menghayati..tetapi mendapat item 2 yang tidak tahu menghargai/salahguna…maka item 2 perlu sedar bahawa ia layak menerima hukuman kerana tidak tahu bersyukur..begitu juga item 2 yang menghayati..tetapi mendapat item 1 yang tidak tahu menghargai/salahguna..maka item 1 perlu sedar bahawa ia layak menerima akibatnya..

Hanya cadangan…Sekiranya ia berjaya, maka masalah sosial, tekanan dan banyak perkara akan berjaya dihindar..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *