Hormati yang lebih lama usianya

0
1

Menjadi kebiasaan setiap yang bermula pasti berakhir, setiap yang muda juga akan tua umurnya. Hal ini adalah biasa kita perlu tempuhi dalam hidup sebagai makhluk di bumi ini. Dalam kehidupan seharian kita pasti menjumpai dan berinteraksi dengan golongan yang lebih tua dari umur kita. Untuk penulisan kali ini adalah sebagai pesanan dan ingatan untuk kita sama-sama saling ingat mengingati tentang kesedaran untuk menghormati golongan yang lebih tua dari umur kita.

Jika dikenang kembali perjalanan hidup kita mungkin ada beribu kisah yang boleh dihuraikan, begitu juga kenangan pahit. Namun demikian tidak dinafikan juga kita mempunyai kepahitan dan kesusahan untuk mencapai tahap seperti hari ini. Jika difikirkan adalah begitu sukar sekali untuk sampai ketahap kita hari ini. Pernahkah anda fikir tentang orang yang lebih tua dari umur kita? sudah tentu mereka mempunyai lebih kenangan pahit dan kesukaran jika dibanding kita.

Jadi kenapakan kita susah untuk memahami mereka? kenapakah kita selalu memberontak dengan mereka? sedangkan mereka telah lama menangis dan lebih menangis dari kita sehingga tahapnya sekarang. Kenapa kita tidak boleh untuk menghargai pengorbanan mereka selama ini. Mungkin sesetengah ilmu mereka agak ketinggalan dari kita, tetapi mereka sebenarnya mempunyai kelebihan tertentu yang mana kita sendiripun tidak terfikirkannya.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :