I-Citra 2021: Kemudahan Kewangan Tambahan Kepada Ahli Yang Terkesan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

I-Citra

I-citra kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akan pandemik COVID-19 ini. Ahli atau pemegang akaun KWSP LAYAK untuk memohon i-citra sekiranya mereka merupakan salah satu golongan yang terkesan akan pandemik ini. Bayaran sebanyak RM1,000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan TERTAKLUK kepada BAKI SIMPANAN atau MINIMUM RM50.

Sebelum membuat permohonan i-citra, ahli WAJIB perlu menyemak jumlah simpanan mereka melalui :-

  • i-akaun (Ahli)
  • Aplikasi mudah alih i-akaun
  • Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)

TAHUKAH ANDA!!!
Pengeluaran ini diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagu memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup orang ramai.

I-Citra Kemudahan Kewangan Tambahan Kepada Ahli Yang Terkesan

Permohonan I-citra KWSP RM5,000 diawalkan MULAI 12 JULAI 2021 hingga 30 SEPTEMBER 2021. Justeru itu, bagi mereka yang memerlukan kemudahan wang tambahan kepada ahli yang terkesan akan memudahkan lagi urusan mereka. Permohonan hanya secara dalam talian melaui portal KWSP online. 

Cara Memohon I-citra KWSP Online

I-Citra

  1.  Permohonan penegluaran I-citra KWSP boleh dibuat menerusi portal https://i-citra.kwsp.gov.my  SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2021
  2. Isikan nombor MyKad/ MyPR dan nombor telefon bimbit
  3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan NOMBOR OTP atau soalan keselamatan
  4. Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN
  5. Tekan TERUSKAN
  6. Lengkapkan Maklumat Permohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN
  7. Semak semua maklumat dan tandakan TICK sebelum tekan HANTAR
  8. Selesai 
Info Tambahan :  3 Panduan Portfolio Bidang Kreatif vs Teknikal

Cara Menyemak Status Terkini

Permohonan i-citra adalah melalui :-

  • Menu Semak Status Permohonan di i-citra online
  • Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di I-akaun (ahli)

Syarat Kelayakan Permohonan I-citra KWSP

Syarat kelayakan Permohonan adalah seperti berikut :-

  • Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah TERMASUK BUKAN WARGANEGARA dan pemastautin tetap
  • Mempunyai jumlah simpanan SEKURANG-KURANGNYA RM150 dalam akaun KWSP pada tarikh permohonan

TAHUKAH ANDA!!!

Anggot perkhidmatan Awam boleh memohon permohonan ini. Walaubagaimana sekalipun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.
(ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM DAN BERADA DALAM SKIM PERKIDMATAN BERPENCEN)

Amaun pengeluaran yang LAYAK dikeluarkan adalah seperti:-

  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga MAKSIMUM RM5,000
  • Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima bulan
  • Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan
  • Bayaran MINIMUM adalah RM50
  • Meninggalkan baki SEKURANG-KURANGNYA RM100 dalam Akaun 1
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran I-sinar yang akan datang (jika ada)

Ilustrasi bayaran amaun pengeluaran seperti di bawah :-

I-Citra


NOTA RINGKAS

1) Amaun bayaran dibundarkan ke bawah kepada nilai puluh terdekat
2) Bayaran pengeluaran ini tidak menjejaskan bayaran bulanan I-sinar ahli yang masih berjalan

Info Tambahan :  Belajar Seni Bina atau Kejuruteraan Pada Tahun 2023?

TAHUKAH ANDA!!!

Pengeluaran ini akan mengunakan baki simpanan wang AKAUN 2 DAHULU sekiranya wang penggunaan simpanan Akauan 2 TIDAK MENCUKUPI maka pengeluaran AKAUN 1 akan digunakan.

I-Citra

Cara Pembayaran i-citra KWSP

Cara pembayran bagi pengeluaran ini akan dibayar secarra pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli KWSP. Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran berjalan lancar.

  • Akaun Bank Simpanan atau semasa
  • Akaun Bank masih aktif
  • Akaun Bank di atas namma ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

Sekiranya ahli tidak mempunyai akaun bank (berstatus muflis) ahli boleh memohon pembayaran secara arahan bayaran ketika membuat permohonan di portal secara Online. 

PERINGATAN!!!

Bagaimanapun, pembayaran melalui kaedah Arahan Bayaran akan mengambil masa dan ahli perlu hadir ke cawangan pilihan bagi urusan pengambilan Arahan Bayaran tersebut.

Bagaimana bayaran bulanan i-citra boleh terhenti?

Bayaran bulanan boleh terhenti sekiranya:-

  • Ahli yang memohon mencapai umur 55 tahun atau
  • Terdapat apa-apa pengeluran penuh diluluskan (contoh : pengeluaran hilang upaya, Meninggalkan Negara, Kematian dan lain-lain) atau
  • Ahli membuat permohonan i-citra

PERINGATAN!!!

AHLI TIDAK DIBENARKAN membuat pindaan amaun selepas permohonan dibuat. Justeru itu, DINASIHATI agar anda WAJIB mengisi amaun yang betul semasa permohonan.

Rujukaan saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran KWSP ini:-

  • Laman web Rasmi KWSP di pautan http://www.kwsp.gov.my
  • ASK ELYA di laman web rasmi KWSP
  • Media sosial rasmi KWSP
  • Hotline i-citra di talian 03-8922 4848

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *