I-Citra KWSP : Pengeluaran Hingga RM5000 Mulai Ogos 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

I-citra KWSP merupakan satu sinar baharu buat mereka yang terkesan akan PKP 3.0 ini. Justeru itu, apabila mendengar pengumuman dariapda pihak kerajana berkenaan dengan I-citra KWSP ini banyak pihak yang mampu menarik nafas lega. Walaupun pengeluaran I-citra ini hanyalah sejumlah 5,000 tetapi ianya dapat membantu mereka yang memerlukan.

I-Citra KWSP : Pengeluaran Hingga RM5000 Mulai Ogos 2021

I-Citra KWSP

TAHUKAH ANDA!!!

Pihak KWSP sudah bersetuju untuk ahli KWSP membuat pengeluaran wang simpanan KWSP sehingga RM5,000. Sebelum I-citra, pihak KWSP telah mewujudkan I-sinar dan I-lestari bagi meringakan beban rakyat yang terkesan akan PKP ini.

***GUNAKANLAH WANG I-CITRA INI DENGAN BIJAK DAN JANGAN MEMBAZIR***

I-citra KWSP hanya boleh dibuat bagi ahli KWSP yang masih mempunyai baki wang simpanan KWSP di dalam akaun 1.

Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran wang sehingga RM5,000 dan pengeluaran RM1,000 setiap bulan selama 5 bulan bermula ogos.

I-Citra KWSP

Ahli KWSP boleh mula memohon pengeluaran I-citra bermula 15 JULAI 2021 dan dijangka wang pendahuluan pertama akan dibankkan pada bulan ogos 2021. Dijangka ianya akan memberi manfaat kepada hampir 12.6 juta ahli yang mempunyai simpanan di KWSP.

Permohonan boleh dibuat menerusi Laman Web Rasmi https://icitra.kwsp.gov.my mulai 15 JULAI 2021 dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Maklumat lanjut berkenaan dengan I-citra ini akan diumumkan dari semasa ke semasa. Justeru itu, pemohon atau ahli KWSP perlu sentiasa update dengan berita semasa daripada pihak kerajaan.

Info Tambahan :  5 Soalan Untuk Penemuduga Yang Selalu Ditanya

Maklumat tambah berkenaan dengan PEMULIH 

I-Citra KWSP

Pihak kerajaan akan menyediakan :- 

1) Moratorium selama 6 bulan

Selain daripada I-citra KWSP ini, pihak kerajaan juga sudah menyediakan moratorium selama 6 bulan kepada golongan B40, M40, T20 dan usahawan mikro. Moratorium yang disediakan ini adalah TANPA SYARAT dan layak diterima oleh setiap lapisan masyarakat. 

2) Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran bersasar

I-Citra KWSP

Seterusnya, pihak kerajaan juga sudah menyediakan bantuan bayaran balik pinjaman pelajaran bersasar kepada pelajar yang membuat pinjaman di:-

  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • JPA
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Tabung pembangunan kemahiran 

Bantuan bayaran balik pinjaman pelajara secara bersasar ini adalah selama 3 bulan sahaja. Justeru itu, diharapkan peminjam menggunakan kelebihan yang diberikan oleh pihak kerajaan dengan sebaiknya. 

TAHUKAH ANDA!!!

Bantuan ini bagi mengurangkan kadar bebanan rakyat yang terkesan akan pandemik COVID -19 ini. Bantuan ini adalah bertujuan bagi memastikan bayaran balik pinjaman TIDAK akan membebankan peminjam. Bantuan ini akan memberi manfaat hampir 1.6 juta rakyat seluruh Malaysia.

“Hutang WAJIB dibayar walaupun lambat”

3) Program penanguhan pembayaran premium insurans dan sumbangan takaful

I-Citra KWSP

Seterusnya, pihak kerajaan juga ada menyediakan Program penanguhan pembayaran premium insurans dan sumbangan takaful. Penanguhan ini boleh dilakukan secara opt-in. Atau dalam erti kata yang lebih mudah, anda boleh bertanya dengan agent takaful anda berkenaan dengan penanguhan pembayaran insurans ini dengan lebih jelas lagi. 

Info Tambahan :  Peluang latihan siswa, Cakna usahawan KPT-MEDAC

4) Bantuan kepda sektor pelancongan

Dalam kita sibuk berbicara berkenaan dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan, kita lupa satu sektor yang paling terkesan akan PKP 3.0 iaitu sektor pelancongan. Justeru itu, selain daripada kelongaran untuk mengeluarkan wang simpana KWSP dan moritorium pembayaran balik hutang, pihak kerajaan juga ada menyediakan bantuan kepada sektor pelancongan.

Menerusi PEMULIH 3.0, pihak kerajaan akan menyediakan bantuan tambahan afas 3 kepada sektor pelancongan. Sebanyak RM3,000 one-off untuk 5,335 agensi pelancongan MOTAC akan diberikan bantuan. Peruntukan RM16 juta akan diberikan kepada sektor pelancongan.

Pada masa yang sama, pihak kerajaan juga akan melakukan penanguhan ansuran cukai pendapatan bulan kepada sektor pelancongan. Mereka akan mendapat pengecualian cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan sehingga akhir tahun 2021.

Pihak kerajaan sangat prihatin akan kesusahan yang di hadapi oleh rakyat. Justeru itu, sangat diharapkan agar rakyat mampu untuk mengikuti segala saranaan yang disediakan oleh pihak kerjaan untuk memutuskan rantaian COVID -19 ini.

Sekiranya kita tidak mampu untuk memutuskan rantaian COVID -19 ini, berdoalah agar kita mampu untuk menjalani kehidupan seperti sediakala. Dan belajarlah untuk hidup bersamma dengan virus COVID -19 ini dengan mengamalkan SOP yang sempurna.

***INGATLAH VIRUS COVID -19 INI JUGA ADALAH MAKHLUK ALLAH MAKA BELAJARLAH UNTUK HIDUP BERSAMANYA***
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments