i-sinar: Permohonan Pengeluaran KWSP Akaun 1

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

KwspMelalui I-Sinar, pencarum boleh membuat permohonan pengeluaran KWSP, belanjawan 2021 sudah pun dibentangkan dan perbincangan yang sedang hangat diperkatakan adalah Permohonan Pengeluaran KWSP Akaun 1. Sebelum ini semua sedia maklum bahawa Wang Simpanan Pekerja Akaun 1 TIDAK boleh dikeluarkan TETAPI menerusi bajet 2021 Akaun 1 boleh dikeluarkan bagi mereka yang terkesan akan pandemik COVID -19 ini.

Justeru itu, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuat pengumuman perincian dan kelayakan pengeluaran Akaun 1 bagi kemudahan i-sinar.

“i-sinar (pengeluaran akaun 1) adalah lanjutan daripada pengeluaran i-lestari (pengeluaran akaun 2)”

Setelah meneliti segala aspek yang ada, KWSP mengambil langkah memperluasakan lagi skop permohonan i-sinar. Skop permohonan i-sinar merangkumi ahli yang:-

  • ​Kehilangan Pekerjaan
  • ​Diberi cuti tanpa gaji
  • Tiada sumber pendapatan

Justeru itu, ianya akan memberi manfaat kepada hampir 2 juta ahli yang layak memohon dan anggaran sejumlah 14 billion akan tersedia bagi ahli yang layak memohon.

PERINGATAN!!!
Ahli yang layak memohon boleh membuat permohonan BERMULA Disember 2020. Amaun akan dikreditkan kedalam akaun ahli pada HUJUNG BULAN selepas permohonan diluluskan. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.

Berapakah Jumlah wang yang boleh dikeluarkan dalam Akaun 1?
kwsp

Contoh daripada laman web rasmi KWSP

Ahli layak akses wang simpanan sebanyak 10% daripada amaun simpanan mereka di dalam akaun 1 TERTAKLUK kepada baki minimum RM100.

Ahli yang mempunyai baki KURANG DARIPADA RM90,000.00 (Akaun 1) ahli boleh mengakses permohonan pengeluaran wang sehingga RM9,000 SAHAJA. Amaun pendahuluan akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

Manakala, bagi ahli yang mempunyai baki LEBIH DARIPADA RM90,000.00 (Akaun 1) akan mempunyai akses 10% daripada wang simpanan di akaun 1. Walau bagaimana sekalipun, amaun MAKSIMUM yang boleh didahulukan adalah RM60,000 SAHAJA sekiranya baki simpanan MELEBIH RM600,000.00. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

Syarat pengeluaran i-sinar yang seterusnya adalah:
• Ahli yang memohon pengeluaran i-sinar WAJIB mengantikan semula wang pengeluaran yang telah didahulukan.

Ianya bermaksud setelah ekonomi kewangan ahli stabil semula, wang caruman akan dikreditkan 100% kedalam akaun 1 sehingga amaun pendahuluan digantikan semula. Selepas wang caruman diganti semua, percahan wang caruman akan kembali seperti sediakala iaitu 70% akaun 1 dan 30% akaun 2.

“Dalam erti kata yang mudah semua wang caruman akan di kreditkan ke akaun 1 SAHAJA bukan pecah kepada dua akaun seperti selalu bagi mereka yang membuat permohonan i-sinar ini sehingga wang pendahuluan diganti semula”

Bagi mereka yang mahu membuat permohonan pengeluaran wang simpanan ini, anda dinasihati mendapatkan dahulu khidmat nasihat melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) ATAU Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Ianya bertujuan bagi memastikan kelestarian kewangan ahli pada masa akan datang.

Maklumat lanjut berkenaan dengan i-sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Rujukan:-

1) https://www.kwsp.gov.my/ms/-/i-sinar-enables-2-million-affected-members-access-to-account-1

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Jawatan penulis sambilan diperlukan( Maklumat Lanjut )