Ibu lebih mesra dengan anak

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Mungkin kita hendak tahu kenapa seorang anak itu rapat dengan ibunya, dan kadangkala seorang ibu boleh mengetahui apakah yang dimahukan oleh anaknya. Sudah tentu yang paling utama ialah seorang ibu itu mengandungkan anaknya sembilan bulan berkongsi makanan serta saluran pernafasan. Semasa dalam kandungan pembentukan bayi banyak mendengar kata-kata ibunya secara langsung atau tidak langsung, ada juga anak yang sudah mula berkomunikasi dengan ibunya semasa dalam perut lagi terutama semasa 8 bulan keatas dengan menendang dan bertindah balas jika ibunya juba memberikan refleks.

Seorang ibu mempunyai sifat semula jadi yang lembut dimana kata-katanya serta perhatian si ibu adalah sangat kritis sehingga perkara kecil terutama hal perasaan cepat difahami oleh seorang ibu. Sebagai contoh seorang ibu akan dapat melihat perubahan perangai anaknya serta cepat untuk menegur kesilapan-kesilapan kecil terutama hal penampilan anak itu sendiri.

Semasa anak belum dapat makan dengan baik semasa kecil, tangan ibulah yang menyuapkannya. Walaupun ada ibu yang menyuapkan dengan sudu, tetapi perbuatan menyuap dan refleks anak mengangakan mulut kearah ibunya memupuk sifat kebergantungan serta kasihsayang anak dengan ibunya.

Sekiranya kita mempunyai sebarang masalah, biasanya kita mudah untuk berkongsi dengan ibu kerana seorang ibu mempunyai naluri dan kemahiran mendengar semula jadi bagi setiap kominikasi yang diluahkan. Sebenarnya menjadi pendengar dan rasa simpati merupakan kunci utama terbentuk kasih sayang serta kejelekitan antara hubungan ibu dan anaknya.

Akhir sekali, sudah tentu ibu tidak akan berhenti atau jemu untuk melayan karenah serta membesarkan anaknya. Seorang ibu sanggup berkorban masa dan tenaga untuk mengurus, mendidik serta menjaga anaknya dari kecil. Ini secara tidak langsung membuatkan anak itu lebih kenal dengan segala perlakuan serta emosi ibunya. Adalah penting untuk kita sedar dengan pengorbanan ibu kita supaya mereka dapat tersenyum gembira apabila melihat kejayaan anaknya yang dinantikan sekian lamanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *