Idea menarik aktiviti selepas UPSR
Setiap tahun akan ada peperiksaan UPSR iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah bagi pelajar tahun 6. Selepas sahaja murid menduduki peperiksaan itu, apakah aktiviti selepas UPSR ? guru-guru pasti akan terfikir akan apa aktiviti yang akan di buat untuk menghilangkan stress di kalangan murid. Kali ini saya akan berkongsi cadangan tentang apa aktiviti yang harus di buat.
Menambah Kemahiran Diri
Buat satu program berbentuk latihan kemahiran seperti kerjaya, keusahawanan, reka bentuk, seni visual dan banyak lagi. Kemahiran yang di peroleh bukan sahaja untuk di sekolah tetapi untuk kegunaan dalam kehidupan seharian sama ada di sekolah atau pun di luar sekolah.
Sukaneka
Lakukan aktiviti sukaneka khusus pelajar tahun 6. Antara aktiviti yang sesuai di buat ialah acara lumba lari, tiup belon, lari dalam guni, tarik tali berpasukan dan ada banyak lagi aktiviti yang menarik untuk murid.
Pertandingan Melukis
Anjurkan aktiviti pertandingan melukis bertemankan alam sekitar agar murid lebih tertarik untuk menyertai aktiviti tersebut. Dengan bertemakan alam sekitar kita juga dapat memupuk semangat murid untuk terus menjaga alam sekitar.
Bengkel Anti dadah
Kumpulkan semua murid untuk menyertai program anti dadah. Tujuannya ialah untuk memberi bimbingan dan nasihat mengenai bahayanya terjebak dadah. Apabila mereka sudah ke sekolah menengah mereka akan tahu bahawa dadah itu merbahaya, secara tidak langsung mereka akan dapat mengelakan daripada terjebak pengaruh dadah.
Perkemahan
Aktiviti perkemahan ini adalah aktiviti yang cukup seronok dan berbaloi untuk murid. Kerana murid akan dapat lebih banyak pengetahuan mengenai hidup berdikari, semangat kerjasama pasukan, saling menghormati, jati diri lebih terbina dan banyak lagi. Boleh di katakan aktiviti ini lebih daripada menghilangkan stress murid yang baru sahaja lepas menduduki peperiksaan UPSR.
Kem Kerohanian
Dalam keadaan zaman sekarang yang penuh cabaran dan dugaan dunia, maka amat wajarlah jika pihak sekolah menganjurkan kem kerohanian bagi para pelajar. Tingkatkan pengetahuan mereka dalam mengerjakan perkara tertentu, seperti Sembelihan, Mandi Wajib, Berwuduk, Solat, Haji dan lain-lain. Maklum la pelajar lepasan UPSR ini kebanyakannya akhil baligh jadi amat sesuai untuk buat kem seperti ini.
Begitu banyak manfaat yang di dapatkan murid setelah melalui semua aktiviti tersebut. Lebih banyak lagi program yang di anjurkan lebih banyak la pengalaman dan ilmu di dapati murid. Biarpun sudah melalui UPSR bukan bermaksud sudah pembelajaran itu sudah tamat.