Pernahkah anda rasa diri dipinggirkan? rasa diri banyak kelemahan? rasa diri tiada orang sayang? Mungkin anda mengalami masalah rendah diri biasa ataupun rendah diri yang melampau. Rasa rendah diri ini biasa dialami oleh setiap manusia cuma jika ia berlarutan dan menjejaskan diri serta melampau boleh membuatkan diri bermasalah. Ada kes sehingga individu boleh kehilangan identiti sebenar oleh kerana penafian dan kepercayaan tersendiri.
Keadaan Inferiority complex ini boleh berpunca dari sistem kepercayaan seseorang tentang apa yang ditafsirkan oleh diri. Tafsiran ini di buat melalui apa yang dialami dan kesimpulan sendiri yang lari dari rasional. Keadaan tafsiran luar rasional ini membuatkan pemahaman yang salah tentang situasi yang dialami pada diri hingga mampu mengubah perlakuan seseorang.
Kadangkala kita akan merasakan diri dibenci oleh kerana merasakan diri kita tidak cukup baik dan merasakan diri banyak kelemahan. Ada juga kita merasakan diri tidak boleh melakukan sesuatu perkara kerana kepercayaan kita mengatakan kita tidak mampu lakukan.
Mengelakkan diri dari terus menghadapi masalah ini adalah lebih baik kita banyak mengenalpasti dan meneroka diri sendiri terutama semasa berlaku kecerlaruan dalam fikiran. Kadangkala perlu untuk kita menganalisis diri tentang
apakah kepercayaan kita yang boleh mengubah tingkahlaku kita.