Inilah Antara Sebab Gagal Permohonan UPU

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Gagal permohonan UPU
Gagal permohonan UPU

Selepas keluar keputusan SPM, ramai pelajar yang berharap dapat masuk universiti dan membuat permohonan UPU. Namun, ramai juga yang akan gagal permohonan kerana kesalahan yang biasa dilakukan pelajar semasa membuat permohonan UPU.

Biasanya, pelajar layak tetapi kerana beberapa kesalahan yang dilakukan semasa membuat permohonan menyebabkan tidak diberikan tawaran untuk masuk universiti. Antara kesalahan yang biasa dilakukan  seperti berikut:

Mengisi permohonan UPU sambil lewa

Pelajar membuat permohonan UPU hanya ikut kawan dan mengisi dengan klik borang untuk dipenuhi dengan perasaan yang penting boleh isi dan boleh send borang di online UPU sepertimana rakan-rakan yang lain buat. Tiada perasaan kesungguhan atau mungkin masih keliru untuk masuk universiti ataupun masih keliru dengan program yang ditawarkan di universiti atau keliru untuk masuk univerisiti mana satu kerana terlalu banyak univerisiti yang ada.

Oleh sebab itu, sebelum menduduki SPM lagi pelajar perlu kenalpasti hala tuju kerjaya dengan menjawab Inventori Minat Kerja (IMK) dan Inventori Kematangan Kerjaya (IKK) serta berjumpa dengan Guru Kaunseling di sekolah untuk berbincang tentang hala tuju selepas SPM yang bersesuaian dengan cita-cita, minat dan kemampuan diri anda. Anda juga boleh merujuk artikel antara diploma dan tingkatan 6  .

Memilih program yang diminati sahaja

Selain itu, kebiasaan pelajar buat semasa membuat permohonan UPU online ialah hanya memilih program yang diminati sahaja. Kesemua pilihan program yang dipilih berdasarkan rasa suka dan minat dengan program tersebut tetapi tidak mengambil kira kelayakan yang ada dengan program yang dipilih. Dalam usaha untuk memilih program semasa membaut permohonan UPU, pelajar perlu membuat semakan kelayakan terlebih dahulu. Boleh buat semakan seperti  merujuk artikel kami sebelum ini, bagaimana mudah semak kelayakan mohon kursus.

Info Tambahan :  Pentingnya Kemahiran Soft Skills dalam Peningkatan Kerjaya Anda

Tidak membuat penelitian tentang syarat am dan syarat khas universiti

Kebiasaan yang selalu dibuat oleh pelajar juga dengan tidak membuat kajian dan penelitian terlebih dahulu tentang syarat am dan syarat khas yang ditetapkan oleh pihak univerisiti. Bagi memastikan permohoan UPU diluluskan dan diberi surat tawaran untuk permohonan yang anda pilih, anda perlu memenuhi syarat am dan syarat khas universiti. Jika kelayakan anda memenuhi syarat am dan syarat khas tersebut, permohonan anda akan dipertimbangkan dan bergantung kepada jumlah merit anda berbanding dengan pemohon lain yang mana diambil kira juga markah kokurikulum anda.

Selain itu, bergantung juga kepada jumlah tempat yang ditawarkan oleh pihak universiti. Sekiranya program tersebut adalah program yang menjadi pilihan ramai, anda perlu bersaing dengan ramai pemohon lain yang mana merit lebih tinggi.

Tidak membaca arahan dan panduan permohonan terlebih dahulu

Sebelum permohonan dibuat, anda perlu download dan baca  arahan serta panduan permohonan dengan teliti supaya anda tidak tersalah memilih kategori permohonan, dan permintaan yang diperlukan dalam borang permohonan tersebut yang mana semua adalah maklumat yang penting.

Membuat penolakan tawaran dan membuat rayuan

Perkara ini juga selalu diajukan kepada saya iaitu jika pelajar mendapat tawaran, tetapi pelajar tidak suka dengan program yang ditawarkan atau tidak mahu ke universiti yang ditawarkan kerana terlalu jauh, mereka akan membuat penolakan tawaran dan kemudian membuat rayuan untuk permohonan. Permohonan tidak boleh dibantu lagi.

Info Tambahan :  Pengalaman Belajar Luar Negara: 6 Kelebihan dan Kekangan

Jika anda tidak suka dengan program yang anda dapat, anda boleh menukar program semasa anda berada di universiti tersebut nanti dengan persetujuan dari dekan universiti setelah anda membuat rayuan permohonan dengan mereka atas alasan tertentu yang anda boleh nyatakan nanti. Kebiasaan anda boleh menukar program apabila bertukar ke semester kedua.

Tidak bersedia dengan temuduga yang menjadi syarat

Adakalanya disebabkan oleh kegagalan semasa sesi temuduga yang membuatkan anda tidak berjaya mendapat tawaran ke universiti. Tidak semua program membuat sesi temuduga untuk syarat kemasukan ke universiti, namun ada beberapa program di beberapa univerisiti yang membuat sesi temuduga terlebih dahulu.

Oleh sebab itu, sekiranya anda memilih program yang antara temuduga sebagai syaratnya, anda perlu membuat persedian yang rapi untuk menjalani sesi temuduga tersebut supaya anda berjaya melepasi ujian yang dijalankan seperti ujian kecergasan dan sebagainya. Contohnya, perlu membina stamina fizikal yang maksimum sebelum menjalani temuduga yang ada ujian kecergasan. Tonjolkan bakat dan minat yang anda miliki untuk program pilihan anda dan anda menguasai tentang asas program yang dipilih.

Saya berharap dapat membantu anda dalam usaha membuat permohonan UPU dan anda berjaya dengan pilihan yang telah dibuat. Pilihan anda membantu kejayaan masa depan yang lebih baik.

1 thought on “Inilah Antara Sebab Gagal Permohonan UPU”

  1. Pingback: Permohonan UPU Online Kemasukan 2019 / 2020 – Xpresi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top