Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN) 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

 

Ikbn

IKBN adalah Institusi Kemahiran Belia Negara.Ianya menyediakan laluan kerjaya buat belia yang mahu meningkatkan kemahiran dan kerjaya. Justeru itu, Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN) menawarkan latihan amali serta praktikal bagi dengan kemahiran yang diperlukan untuk menyertai kerjaya yang terpilih. 

“Ilmu itu pelita hidup untuk semua manusia”

TAHUKAH ANDA!!!

Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN) adalah pecahan daripada Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS). Di Institusi ILKBS ini juga telah merangkumi Institusi Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).

Ikbn

Justeru itu, calon boleh memulakan carian maklumat berdasarkan minat dan kecenderungan cabang laluan kerjaya yang dimainati. Setelah anda sudah mengetahui laluan kerjaya yang di ingini maka anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kursus yang ditawarkan oleh pihak Institusi.

“IKBN merupakan salah satu institusi yang menyediakan pendidikan kemahiran dan kerjaya”

Sekiranya anda TIDAK LAYAK menyambung pengajian ke peringkat Universiti anda BOLEH membuat permohonan untuk memasuki ke Institusi Kemahiran Belia Negara ini. Universiti merupakan laluan pantas bagi mereka yang minat menggunakan minda untuk mendapatkan sijil pengiktirafan.

Manakala, bagi pihak Institusi Kemahiran Belia Negara pula, ianya merupakan laluan pantas bagi calon yang mahu mendapatkan pengiktirafan menerusi kemahiran yang mereka perolehi. Justeru itu, JANGAN pernah berasa malu untuk mendapatkan ilmu yang ada.

Anda boleh layari Laman Web Rasmi di Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN) ini. KLIK DISINI untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Info Tambahan :  Bantuan Pelajar 2021 Laptop dan Pelan Data

TAHUKAH ANDA!!!

Misi IKBN adalah menghasilkan belia yang berkemahiran, berdisiplin dan berakhlak mulai, berkepimpinan, berkeusahawan dan berwawasan untuk melahirkan tenaga mahir dan pakar selaras dengan pembangunan Negara.

Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN) 2021

Bagi calon yang ingin memohon kemasukan ke Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN). Anda WAJIB melepasi syarat-sayart Umum perncalonan. Antara syarat-syarat Umum pencalonan adalah seperti:-

  • Warganegara Malaysia
  • Belia berumur 18 tahun hingga 30 tahun dan berkelulusan SEKURANG-KURANGNYA tamat Tingkatan 5
  • BUJANG
  • Mempunyai minat dalam bidang yang ditawarkan serta boleh memberi komitmen kepada majikan SEKURANG-KURANGNYA selama setahun
  • Peserta yang boleh memberikan komitment sepenuh masa di dalam bidang yang diminati
  • Boleh membaca, menulis dan mengira (3M)
  • Berperwatakan positif dan bersedia bekerja dalam kumpulan
  • Sihat mental dan fizikal
  • TIADA rekod jenayah
  • Bebas dari penyalahgunaan dadah
  • Bersedia menjalani latihan selama 3 bulan
  • TIDAK memiliki saman tertunggak kenderaan
  • TIDAK rabun warna dan TIDAK mempunyai rekod jenayah 

PERHATIAN!!!

Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institusi latihan kemahiran dan belum TAMAT latihan/ belum memperolhi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 TIDAK DIBENARKAN memohon untuk tahap selanjutnya.

Calon yang TIDAK TAMAT latihan/ disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institusi juga TIDAK DIBENARKAN untuk memohon di IKBN ini.

Sekiranya anda melepasi syarat-syarat di atas maka anda LAYAK untuk membuat permohonan di IKBN ini. Ketahuilah bahawa ilmu yang ALLAH berikan adalah seluas lautan. Kita hanya akan memperolehi setitik sahaja daripada ilmu seluas lautan itu MAKA sentiasalah bersyukur dengan segala nikmat yang telah ALLAH berikan. 

Info Tambahan :  7 Sebab Mengapa Perlu Menyimpan di SSPN-i

Bidang Keutamaan di dalam IKBN

Ikbn

Menerusi Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN) terdapat 13 laluan kerjaya yang disediakan. Antara 13 laluan kerjaya yang disediakan adalah seperti:-

  1. Teknologi Automotif
  2. Teknologi Marin
  3. Teknologi Mekanikal
  4. Teknologi Awam
  5. Teknologi Elektronik
  6. Teknologi Elektrikal
  7. Hospitaliti
  8. Teknologi Tekstil
  9. Teknologi Personal
  10. Teknologi Fotografi
  11. Teknologi Maklumat
  12. Teknolgi Sukan
  13. Minyak dan Gas 

INFO TAMBAHAN!!!

Bagi calon yang berminat untuk memohon bidang kemahiran yang ada ini, anda akan dapat:-

  • Menerokai segala ilmu dalam semua bidang yang berkaitan
  • Menyediakan kemudahan terkini sebagai menyokong pembangunan ilmu, pembelajaran dan kemahiran
  • Menghasilkan tenaga kerja mahir yang bertanggunjawab, berdisiplin, berilmu dan bertrampilan

Peringkat Program

Peringkat Program yang ditawarkan oleh pihak IKBN adalah seperti:-

  • Sijil Kemahiran (SKM/ DKM/ DLKM) tahap 1 sehingga 5
  • Persijilan JKKP
  • Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST)
  • Diploma MQA

Sebarang Pertanyaan Boleh terus ke:-
Bahagaian Pembangunan Kemahiran Belia
Aras 3, Menara KBS, No.27,
Persiaran Perdana Presint 4,
62570 Putrajaya
(U.P En. Mazlan Bin Mohamed)
Talian : 03- 8871 3689
03-8871 3699


***ILMU BOLEH DIPEROLEHI DALAM PELBAGAI CARA DAN ILMU TERSEBUT ANDA YANG PILIH DAN PEROLEHI***
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments