Institusi TVETMARA @ KKTM, MJII Dan IKM 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Institusi TVETMARA

Institusi TVETMARA @KKTM, MJII dan IKM adalah salah satu program dibawah seliaan pihak MARA yang dipantau oleh bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA. Justeru itu, bagi mereka yang berminat untuk menyambung pengajian di salah sebuah intitusi ini anda boleh lakukan permohonan mengikut kelayakan anda. 

TAHUKAH ANDA!!!

KKTM adalah Kolej Kemahiran Tinggi Mara, manakala MJII adalah MARA Japan Industrial Institute dan IKM pula adalah Institusi Kemahiran MARA. Ketiga-tiga institusi ini adalah dibawah seliaan TVETMARA.

Visi TVETMARA

Menjadi Organisasi Amanah yang Unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa 

MISI TVETMARA

Membentuk modal insan TVET yang holistik dan berteraskan nilai-nilai keusahawanan 

Objektif TVET

  • Menjadi Institusi Pendidikan Tinggi TVET MARA yang unggul berteraskan Institusi dan Teknousahawan
  • Membentuk modal insan TVET yang holistik dan seimbang berteraskan R.I.S.E (Religious, Innovative, Skills anda Entrepreneurships)
  • Pemangkin dalam revolusi teknologi bagi meningkatkan daya saing
  • Membentuk tadbir urus korporat TVET MARA yang mampan dan dinamik
  • Menjadi Institusi pendidikan TVET yang di iktiraf di peringkat antarabangsa.

Institusi TVETMARA @ KKTM, MJII Dan IKM 2021

Institusi TVETMARA

Dalam Institusi TVETMARA ini kemasukan pelajar termasuklah :-

  • Program Sepenuh Masa
  • Program Jangka Pendek
  • Program Kecemerlangan Industri
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • MARA Japan Industrial Institute (MJII)
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
Info Tambahan :  3 Panduan Portfolio Bidang Kreatif vs Teknikal

Dalam Institusi TVETMARA @ KKTM, MJII dan IKM memberi tumpuan dalam pelbagai bidang pengkhususan di bawah 12 kluster. Semua program yang dilaksanakan adalah bersifat “hand-on” dan berteraskan komputer.

Antara Syarat Am kemasukan TVETMARA adalah:-

  • WARGANEGARA Malaysia
  • Taraf Bumiputera astau Bumiputera Sabah dan Sarawak
  • Berusia 17 Tahun dan ke atas
  • Sihat tubuh badan (TIDAK RABUN warna bagi sesetengah program)
  • LULUS SPM atau setara dengannya. 

1) Peringkat Sijil

Pemohon yang mahu mengikuti pengajian di peringkat Sijil WAJIB:-

  • LULUS SPM atau setara denganya SEKURANG-KURANGNYA
  • Satu KEPUJIAN dalam mana-mana pelajaran
  • LULUS MATEMATIK
  • SYARAT khusus kemasukan adalah berlainan mengikut program yang dipohon. 

2) Peringkat Diploma

Pemohon yang mahu mengikut pengajian di peringkat Diploma WAJIB:-

  • LULUS SPM atau setara dengan tiga kepujian dalam matapelajaran
    • Matematik
    • Mana-mana satu mata pelajaran mengikut kumpulan Sains/ Vokasional & Teknologi/ Vokasional (MPV)/ Aliran Vokasional (MPAV)
    • Mana-mana satu mata pelajaran lain
    • LULUS Bahasa Inggeris
  • SYARAT khusus kemasukan adalah berlainan mengikut program yang dipohon. 

Keistimewaan Mengikuti Institusi TVETMARA @ KKTM, MJII Dan IKM

Antara keistimewaan mengikuti untitusi TVETMARA @ KKTM, MJII Dan IKM adalah seperti:-

  • Pemohon tergolong dalam golongan Lepasan SPM atau Setara
  • Mendapat Elaun sara hidup
  • Asrama atau penhinapan disediakan
  • Peluang melanjutkan pengajian dalam dan luar Negara
  • Yuran pengajian ditanggung oleh pihak MARA

PENTING!!!

TVETMARA mendapat pengiktirafan daripada pihak MQA, JPK, Industri Dan Badan Profesional yang ada di Malaysia. Justeru itu, sekiranya anda mengikuti IInstitusi TVETMARA anda tidak akan menyesal.

Info Tambahan :  Kerja Freelance 2023: Kelebihan, Cabaran, dan Cara Memulakan

12 Kluster Yang Ditawarkan Oleh TVETMARA

12 Kluster Yang Ditawarkan adalah seperti:-

  • Kluster minyak dan gas
  • Kluster Elektrik
  • Kluster Elektronik
  • Kluster Mekanikal Servis
  • Kluster Bioteknologi
  • Kluster Awam
  • Kluster Mekanikal Pembuatan
  • Kluster Seni & Rekabentuk
  • Kluster Alam Bina
  • Kluster Pemprosesan Bahan
  • Kluster Automotif
  • Kluster Bioperbuatan

Selaian daripada bidang Akademik, pihak TVETMARA juga ada menyediakan kemudahan untuk aktiviti sukan dan rekreasi untuk semua pelajar sebagai sebahagian daripada objektif untuk mengekalkan kecergasan tubuh dan kecerdasan minda. Justeru itu, pihak MARA sangat komited dalam membentuk dan memberikan kemudahan sukan yang terbaik dan bertaraf antarabangsa kepada seluruh warganya.

Institusi TVETMARA



Dalam usaha membangunkan pelajar yang sihat, pihak TVETMARA juga mempunyai pelbagai jenis sukan dan kemudahan rekreasi yang luas TERMASUKLAH:-

  • Padang bola
  • Padang futsal
  • Gelanggang Badminton
  • Gelanggang Tenis
  • Gelanggang Bola Jaring
  • Ragbi dan lain-lain

Untuk Maklumat Lnajut boleh Hubungi :-

Bahagian Kemahiran Dan Teknikal MARA
Tingkat 21,
Ibu Pejabat MARA 21
Jalan MARA,
50609 Kuala Lumpur

No Tel : 03-2613 4258
Fax : 03- 2691 4510
Email : [email protected]

Diharapakan perkongsian ini dapat membantu anda dalam membuat sesuatu keputusan. TIDAK bererti anda TIDAK mendapat keputusan yang cemerlang anda TIDAK LAYAK untuk menyambung pengajian.

Sesungguh keputusan yang cemerlang hanya tiket sahaja untuk memudahkan anda menyambung pengajian selebihnya adalah usaha dan takdir yang telah ditentukan oleh ALLLAH.
Justeru itu, JANGAN pernah berhenti berharap dengan kurniaan ALLAH. Teruskan berusaha untuk mendapat keredhaan ilahi.

Rujukan:-

https://tvetmara.edu.my/index.php/visi-misi-objektif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *