Ringkasan dan Intipati Belanjawan 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Belanjawan 2021

Berikut ialah intipati Belanjawan 2021 bertemakan “Teguh Kita, Menang Bersama” yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Parlimen pada 6 November 2020.

Intipati Belanjawan 2021

  • Kerajaan akan melaksanakan Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) yang dijangka menyediakan 500,000 peluang pekerjaan baharu selain pelbagai program peningkatan kemahiran dengan perbelanjaan sebanyak RM3.7 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, ia termasuk peruntukan RM2 bilion kepada program pengambilan pekerja PERKESO yang kini dikenali sebagai PenjanaKerjaya yang akan ditambah baik dan dijangka dapat menyediakan 250,000 peluang pekerjaan.

  • Penambahbaikan pertama, insentif untuk pekerja bergaji RM1,500 ke atas akan dinaikkan daripada kadar rata RM800 sebulan, kepada 40 peratus daripada gaji bulanan, terhad kepada insentif maksimum RM4,000 sebulan.
  • Bagi menggalakkan peluang pekerjaan kepada golongan OKU (orang kurang upaya), penganggur jangka panjang dan pekerja yang diberhentikan, majikan akan diberi insentif tambahan sebanyak 20 peratus, menjadikan keseluruhan insentif majikan berjumlah 60 peratus.
  • Bagi sektor dengan kebergantungan tinggi kepada pekerja asing seperti pembinaan dan perladangan, insentif khas sebanyak 60 peratus daripada gaji bulanan disediakan. 40 peratus daripada insentif itu disalurkan terus kepada majikan dan 20 peratus kepada pekerja tempatan yang menggantikan pekerja asing dan akan diberikan untuk tempoh enam bulan.
  • Kos maksimum program latihan yang layak dituntut majikan dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM7,000 bagi menjalani program kemahiran tinggi atau sijil profesiona
  • Kerajaan setuju laksana pemberian one-off sebanyak RM500 hargai jasa anggota barisan hadapan KKM.
  • Had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan dan anak bagi penyakit serius akan dinaikkan kepada RM8,000.
  • Pelepasan cukai perbelanjaan pemeriksaan kesihatan dinaikkan kepada RM1,000 dari RM500. Kerajaan meningkatkan had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas & penjagaan ibu bapa kepada RM8,000 dari RM5,000.
  • Program Baucar 50 Perlindungan Tenang untuk golongan B40, termasuk takaful hayat dan kemalangan diri diperkenalkan.
Info Tambahan :  Yayasan Bank Rakyat: Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) 2023

Ringkasan dan Intipati Belanjawan 2021 1

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

  • BPR: Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dengan seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200;
  • Isi rumah yang mempunyai 2 anak atau lebih akan menerima RM1,800.
  • BPR: Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501-RM4,000 dan mempunyai seorang anak akan menerima bantuan RM800;
  • Isi rumah yang mempunyai 2 orang anak atau lebih akan menerima RM1,200.
  • BPR: Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima RM350. Had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun (sebelum ini 40 tahun).
  • 5 bilion Program Jaringan PRIHATIN: Kredit telekomunikasi untuk golongan B40 sebanyak RM180 seorang untuk langganan internet atau kos telefon bimbit.
  • Dana padanan RM1.5 bilion daripada syarikat telekomunikasi dalam bentuk data percuma.

Penurunan kadar cukai pendapatan

  • Kadar cukai pendapatan bagi individu bermastautin diturunkan sebanyak 1 mata peratusan bagi pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000 memanfaatkan 1.4 juta pembayar cukai.
  • Bantuan pembayaran pinjaman ditambahbaik kepada peminjam B40 dan perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman sehingga RM150,000:
  1.  Tangguh ansuran bulanan selama 3 bulan, atau
  2. Kurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.
  • Peminjam M40 juga akan dipermudahkan dari segi proses permohonan bantuan bayaran balik.
  • Berita baik: bantuan pembayaran pinjaman ditambahbaik kepada peminjam B40 dan perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman sehingga RM150,000:
  • Tangguh ansuran bulanan selama 3 bulan, atau
  • Kurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan
  • Kadar caruman KWSP pekerja dikurangkan kepada 9% dari 11% mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan.
Info Tambahan :  Biasiswa Untuk Degree: 3 Jenis Biasiswa dan Tips

Pengeluaran simpanan KWSP

  • Kemudahan pengeluaran simpanan KWSP bersasar dari Akaun 1 sebanyak RM500/bulan untuk 12 bulan sehingga RM6,000 bagi ahli yang kehilangan pekerjaan.
  • Pelanjutan Sistem Insurans Pekerjaan: tempoh Elaun Mencari Kerja dilanjutkan menjadi 9 bulan dan kadar layak menuntut adalah 80% gaji bagi bulan pertama, 50% bulan 2-6 dan 30% untuk 3 bulan terakhir.
  • Had pengecualian cukai pendapatan bagi bayaran pampasan atas kehilangan pekerjaan dinaikkan kepada RM20,000 setiap tahun genap perkhidmatan bagi 2 tahun taksiran.
  • Bagi tahun 2021, Kerajaan menyediakan hampir RM28 bilion khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif.
  • RM200j untuk Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming dengan perluasan ke 34 kawasan baharu. Melalui inisiatif ini barangan keperluan asas dapat dinikmati lebih 1.1 juta rakyat pada harga yang dikawal.

 

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top