IPT : 8 Carian Maklumat Terbaik Untuk Pelajar IPT

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

IPT : 8 Carian maklumat terbaik untuk pelajar IPT amatlah PENTING. Ianya bagi memudahkan lagi urusan para pelajar untuk mencari segala maklumat berkenaan dengan pembelajaran. Carian ini untuk membantu memudahkan lagi urusan para pelajar untuk mendapatkan ilmu tambahan berkenaan dengan bidang mereka.

IPT : 8 Carian Maklumat Terbaik Untuk Pelajar IPT

Perkongsian carian maklumat terbaik untuk pelajar IPT bagi memudahkan lagi urusan pembelajaran pelajar di sekolah. Dengan adanya carian maklumat secara percuma dapat membantu memudahkan lagi urusan para pelajar.

Antara 8 carian maklumat terbaik untuk pelajar IPT adalah:-

1) Google scholar (https://scholar.google.com/)

IPT

Google scholar adalah salah satu cara atau medium yang mudah untuk para cendekiawan mendapatkan sumber yang sahih dalam pembelajaran. Di google scholar ini terdapat pelbagai sumber akademik tidak kita di dalam bentuk sains mahupun sastera. Justeru itu, ianya sanagt membantu para pelajar dalam pencarian ilmu dalam bidang akademik. 

TAHUKAH ANDA!!!

Kebanyakan para pelajar yang sedang menerima pembelajaran menerusi atas talian masih boleh mendapatkan jurnal secara percuma menerusi google scholar.

Jurnal : Jurnal adalah publikasi ilmiah yang berisi kumpulan artikel dan biasanya muncul secara teratur. Kebiasaanya, jurnal akan dikeluarkan sama ada 2 atau 4 tahun sekali. 

2) GetCITED (https://www.getcited.org/

TAHUKAH ANDA!!!

Getcited adalah salah satu medium untuk mencari maklumat saintifik. Ianya adalah pangkalan data akademik dalam talian yang membantu dalam mengindeks jurnal dalam bidang akademik.

Info Tambahan :  Asasi dan Diploma Sains Sukan di Malaysia

Getcited adalah salah satu medium yang membantu para pelajar mencari penerbitan akademik dengan lebih mudah. Ianya dapat membantu para pelajar dalam menyediakan maklumat tambahan dalam pembelajaran pelajar. Ianya memudahkan lagi urusan para pelajar dalam melakukan pencarian bahan ilmiah bagi menambahkan lagi ilmu penegtahuan dalam pembelajaran.


3) Microsoft Academic Research (https://academic.research.micros)

IPT

Microsoft Academic Research adalah satu carian maklumat dalam bidang akademik. Ianya dibangunkan oleh pihak microsoft research dan mempunyai lebih daripada 48 juta penerbitan dari 20 juta penulis yang berbeza. 

4) CiteSeerx (https://citeseerx.ist.psu.edu)

Citeseerx adalah perpustakaan digital dan jurnal akademik dalam talian. Ianya menawarkan maklumat dalam bidang sains komputer. Dalam citeseerx ini, ianya menawarkan kepelbagaian carian yang memudahkan lagi urusan penyelidikan.

Antara prosesnya penyelidikan adalah merangkumi:-

  • ACI – Autonomous Citation Indexing
  • Linking Referensi
  • Petikan statistik
  • Pengekstrakan metadata automatik
  • Carian dokumen yang berkaitan 

5) Directory Open Access Journals (https://www.doaj.org/)

IPT

Directory Open Acess Journal (DOAJ) adalah satu medium carian journal secara percuma untuk sumber ilmiah. DOAJ ini menawarkan sebilangan besar tajuk dalam bidang kajian ilmiah DOAJ ini merupakan salah satu medium yang paling mudah untuk para pelajar yang duduk dirumah untuk mendapatkan journal yang mudah. Open access jurnal ini adalah salah satu medium untuk mendapatkan jurnal secara percuma, 

6) BioOne (https://www.bioone.org/)

TAHUKAH ANDA!!!

Carian maklumat menerusi laman web bio one ini mengandungi sumber akademik menerusi akademik sains biologi, eprsekitaran dan ekologi. Carian jurnal ini banyak membantu para pelajar lebih mudah untuk lakukan carian dalam bidang pembelajaran. 

Info Tambahan :  Sesi Persekolahan Bersemuka SPM/ SVM 2020 Tamat 9 Februari 2021

Menerusi carian ini, para pelajar dapat mengakses jurnal secara percuma ke lebih daripada 25,000 institusi pengajian di seluruh dunia. Justeru itu, sebagai pelajar anda perlu bijak dalam melakukan carian bidang ilmu yang anda kehendaki. 

7) Science and Technology of Advance Materials (https://iopscience.iop.org/)

IPT

Carian maklumat science and technology of advance material adalah salah satu jenis carian maklumat secara percuma. Ianya juga menyediakan akses yang mudah dan kebanyakan maklumat yang disediakan adalah merangkumi perkara-perkara ilmiah yang banyak emmbantu para pelajar dalam mendapatkan sumber dalam ilmu pengajian. 

8) New Journal of Physics (https://science.iop.org org/)

New journal of physic adalah salah satu carian maklumat saintifik dalam talian yang mempunyai pangkalan data akademik dalam bidang fizik. Ianya dijadikan sebagai subjek teras dalam pencarian jurnal.

Dengan adanya carian maklumat ini, dapat membantu para pelajar yang sedang menduduki sesi pembelajaran secara atas talian mudah untuk mengekses jurnal. Ianya dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan buat semua pelajar. Dengan perkongsian yang sedikit ini dapat membantu para pelajar yang sedang mengelami kesukaran untuk mengakses jurnal di rumah untuk mendapatkan carian jurnal dengan lebih mudah. 

***USAHA ADALAH TANGGA KEJAYAAN KEPADA SETIAP INSAN***
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments