Isu Penempatan Guru , Ini Jawapan SPP Pendidikan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Jika dahulu agak mudah untuk ditempatkan bagi guru baru, sejak akhir ini isu penempatan guru menjadi hangat kerana penempatan guru tidak seperti selalunya. Jika ditanya pihak berwajib pastinya banyak sebab yang memungkinkan ia berlaku. Antara yang disebut-sebut pastinya permohonan guru kini meningkat kerana ia dikatakan menjamin pekerjaan.

Isu Penempatan Guru
Isu Penempatan Guru

Selain itu juga, ketidakseimbangan opsyen pengajaran juga menjadi punca masalah penempatan selain masalah lain seperti taburan guru mengikut negeri yang tidak seimbang yang berkait pula dengan isu perpindahan guru. Kekosongan di semenanjung adalah terhad kerana guru semenanjung yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak juga sentiasa memohon untuk ke semenanjung menyebabkan kekosongan menjadi lebih sedikit.

Perbincangan Bersama Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran SPP berkaitan Isu penempatan guru

Dibawah adalah penulisan di media sosial dari salah seorang pensyarah kanan UPSI, DR Ridzwan Che Rus, Dekan Fakulti Teknikal & Vokasional, UPSI.

Bismillah walhamdulillah. Alhamdulillah pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI telah berjaya bertemu dengan Pihak pengurusan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dan semua ahli suruhanjaya yang melibatkan Tokoh Tokoh hebat negara. (Penafian: ini ialah catatan saya semasa kejadian. Perubahan fakta mungkin berlaku mengikut masa). Intipati perjumpaan adalah seperti berikut:

SPP adalah badan pelaksana pengambilan guru dan pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti. Maka semua unjuran BUKAN dari SPP tapi adalah dari Kementerian Pendidikan Malaysia KPM dan Kolej Komuniti dan Politeknik.

Posting atau penempatan guru adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan. Pihak UPSI dan pelajar UPSI memang sedia maklum bahawa posting bukan JANJI tetapi jika ada kekosongan perjawatan maka keutamaan akan diberi kepada graduan Pendidikan Universiti Awam khususnya UPSI.

Pihak UPSI dan pelajar UPSI memang sedia maklum bahawa posting bukan JANJI

Proses panggilan temuduga adalah seperti berikut : Isi di Jobs Malaysia…Kemas kini setahun sekali…isi maklumat dengan tepat..data akan diekstrak ke pengkalan data SPP…KPM bagi unjuran..SPP uruskan panggilan temuduga…Calon di bahagikan 2 kategori..Berjaya @ Tidak Berjaya..tiada lagi istilah calon Simpanan. Calon yang berjaya ditawarkan perlu menerima tawaran jika tidak penalti akan dikenakan seperti TIDAK DIPANGGIL TEMUDUGA LAGI.

Isi permohonan di Job Malaysia

Posting sekarang majoriti di Semenanjung Malaysia sahaja kecuali pelajar Sabah dan Sarawak yang akan diberikan keutamaan posting di Sabah dan Sarawak. Kuota 10 peratus sahaja guru semenanjung di Sabah dan Sarawak. 90 peratus adalah anak negeri. Guru interim hanya dibuka di Sabah dan Sarawak atas keperluan negeri.

Kuota 10 peratus sahaja guru semenanjung di Sabah dan Sarawak. 90 peratus adalah anak negeri

Pihak SPP akan cuba untuk meletakkan status terkini fasa panggilan temuduga untuk membantu calon melalui FB dan Laman Web. Pastikan semua calon sentiasa melihat maklumat terkini di SPP.

Info Tambahan :  Permohonan Guru Sekolah Rendah PDPP 2024/2025

Jobs Malaysia bukan kawalan SPP maka pastikan maklumat sentiasa update. Apabila update data akan dianggap permohonan baharu dan akan dipanggil untuk urusan temuduga seterusnya.

Jobs Malaysia bukan kawalan SPP maka pastikan maklumat sentiasa update

Calon yang GAGAL temuduga bukan bermakna GAGAL mutlak tetapi mungkin markah merit lebih rendah berbanding calon yang lulus berdasarkan KEKOSONGAN JAWATAN. Calon berpeluang dipanggil untuk ambilan seterusnya selepas 6 bulan atau tertakluk kuota kementerian. Sekali lagi tiada lagi Calon Simpanan.

Calon yang GAGAL temuduga bukan bermakna GAGAL mutlak

Option terkini di sekolah khususnya Sains Pertanian, Kemahiran Hidup, Ekonomi Rumah Tangga yang telah berubah di sekolah tidak ada masalah walaupun nama berubah kerana program ijazah Pendidikan sedia ada masih boleh mengajar subjek tersebut TETAPI tertakluk KEKOSONGAN JAWATAN DI SEKOLAH.

Info Tambahan :  Cara Beli Pin UPU 2024/2025

Pelajar yang telah menyambung master sementara menunggu posting berpeluang dilantik Tangga gaji permulaan yang lebih tinggi tetapi guru sedia ada yang telah dilantik tidak akan diberikan kenaikan gaji walaupun telah dapat master atau PhD. So sambung la master dan siapkan segera.

Guru sedia ada yang telah dilantik tidak akan diberikan kenaikan gaji walaupun telah dapat master atau PhD

SPP akan sedia berbincang dan berunding dengan semua UA tertakluk bidang kuasa mereka.

Graduan diminta menambah baik kemahiran temuduga..kemahiran komunikasi..Pedagogi…kandungan…pengetahuan..berbahasa Inggeris..pemikiran kritikal.mpemikiran lateral..graduan kurang KBAT.

Graduan kurang menguasai isu terkini hal ehwal dalam negara Malaysia.

Temuduga berkumpulan adalah bertujuan untuk melihat kemahiran graduan bekerja dalam kumpulan dan berhujah satu dengan yang lain. Jadi gunakan kesempatan tersebut untuk menonjolkan bakat anda tapi JANGAN BOLOT SLOT TERSEBUT UNTUK ANDA SEORANG. Guru kena bekerjasama.

Markah pengerusi panel adalah 70% dan markah Wakil Jabatan atau Guru cemerlang adalah 30% tetapi anda wajib lulus kedua-dua minimum markah 60% untuk kedua-dua panel.

Pastikan walaupun anda tak boleh menjawab soalan berlaku jujur dan jangan cuba merepek. Tonjolkan kekuatan anda dalam aspek tertentu. Hanya anda yang tahu kekuatan anda.

Teruskan kemaskini sistem (jika ada) dan pastikan sistem anda aktif dalam masa setahun. Jika tidak aktif anda tidak akan dipanggil temuduga. Sistem Jobs Malaysia tidak boleh kesan anda batch mana MAKA BERLAKU LA MASALAH ADA YANG SAMA BATCH TETAPI TIDAK DIPANGGIL TEMUDUGA. Sistem hanya kesan permohonan individu bukan kumpulan.

Anda boleh KONGSI status ni sebebasnya TETAPI jika ada sebarang soalan boleh terus tanya disini dan jangan di bangkitkan isu yang bukan bukan. Anda adalah bakal PENDIDIK jadi tunjukkan contoh profesionalisme keguruan anda. – sumber: FB DR Ridzwan Che Rus, Dekan Fakulti Teknikal & Vokasional, UPSI.

One thought on “Isu Penempatan Guru , Ini Jawapan SPP Pendidikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *