Jadual dan Tarikh Cuti Sekolah 2019 KPM

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Cuti sekolah adalah salah satu perkara penting dalam perancangan keluarga dan sekolah. KPM telah mengeluarkan tarikh cuti sekolah 2019 mengikut jadual yang disusun mengikut jumlah hari, jumlah minggu dan mengikut kumpulan negeri. Tarikh jadual yang dikeluarkan mengikut kumpulan mengikut negeri adalah bagi menyelaraskan jumlah persekolahan bagi negeri yang berlainan cuti hujung minggu dan perayaan-perayaan khas negeri berkenaan.

Cuti Sekolah 2019

Cuti Sekolah 2019

Surat Jadual Tarikh Cuti Sekolah 2019

Untuk lebih jelas, dibawah adalah jadual tarikh-tarikh cuti sekolah 2019 yang mungkin dapat membantu perancangan masing-masing.

Kumpulan A : Sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor Kelantan dan Terengganu

Cuti Sekolah 2019 Kump A

Jika dilihat melalui jadual, cuti pertengahan penggal  1 adalah seminggu iaitu dari 22-30 mac 2019 iaitu selama 9 hari.

Cuti pertengahan tahun pula selama 2 minggu iaitu pada 24 Mei 2019 sehingga 8 Jun 2019 selama 16 hari.

Cuti pertengahan penggal ke 2 pula selama 9 hari iaitu pada 9-17 Ogos 2019.

Cuti Akhir tahun pula selama 40 hari iaitu bermula 22 November 2019 sehingga 31 Disember 2019.

Kumpulan B : Sekolah-sekolah di negeri perlis, pulau pinang, perak, selangor , negeri sembilan, melaka, pahang, sabah, sarawak, WP Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.

Cuti sekolah 2019 Kump B

Jika dilihat melalui jadual, cuti pertengahan penggal  1 adalah seminggu iaitu dari 23-31 mac 2019 iaitu selama 9 hari.

Cuti pertengahan tahun pula selama 2 minggu iaitu pada 25 Mei 2019 sehingga 9 Jun 2019 selama 16 hari.

Cuti pertengahan penggal ke 2 pula selama 9 hari iaitu pada 10-18 Ogos 2019.

Cuti Akhir tahun pula selama 39 hari iaitu bermula 23 November 2019 sehingga 31 Disember 2019.

Melalui makluman awal jadual dan takwin cuti sekolah 2019 KPM ini banyak membantu pengurusan dan perancangan pihak ibu bapa, guru dan sekolah untuk membuat persediaan. Banyak perkara yang perlu didahulukan sebelum tahun 2019 seperti perancangan takwim sekolah, pembelian tiket percutian bagi ibu bapa, tiket penerbangan pulang guru merentasi semenanjung, takwim sukan, pengurusan kewangan dan banyak lagi. Pemakluman awal ini memberikan kemudahan dan persediaan bagi yang berkaitan.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Jawatan penulis sambilan diperlukan( Maklumat Lanjut )