Jadual Gaji 2018 Penjawat Awam ANM

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Print this page

Satu Jadual Gaji 2018 untuk kakitangan Awam telah dikeluarkan Jabatan Akauntan Negara Malaysia ANM melalui surat perkeliling.  Surat pekeliling berkenaan memberikan detail terperinci jadual mengikut bulanan tarikh bayaran gaji kakitangan kerajaan.

Jadual Gaji 2018
Jadual Gaji 2018

Pekeliling juga adalah untuk makluman beberapa pihak seperti :

  • Semua Ketua Setiausaha Kementerian
  • Semua Ketua Jabatan Persekutuan
  • Semua Ketua Akauntan Kementerian
  • Semua Pengarah Negeri/Cawangan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia
  • Semua Pusat Tanggungjawab

Jika menurut surat pekeliling, surat pekeliling dikeluarkan pada 24 November 2017 dan ianya sah dari sumber utama Laman rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia ANM.

Tarikh Jadual Gaji 2018

Untuk makluman, tarikh jadual gaji ditetapkan setiap bulan dan majoritinya adalah sekitar 25 hb setiap bulan :

BulanTarikhHariCatatan
JAN25/1KHAMIS
FEB8/2KHAMISTahun Baru Cina 16 (Jumaat) & 17 (Sabtu) Februari 2018
MAC22/3KHAMIS
APR25/4RABU
MEI24/5KHAMIS
JUN7/6KHAMISHari Raya Puasa

15 (Jumaat) & 16 (Sabtu) Jun 2018

JUL25/7RABU
OGS14/8SELASAHari Raya Haji

22 Ogos 2018 (Selasa)

SEP25/9SELASA
OKT25/10KHAMIS
NOV22/11KHAMISHari Deepavali

6 November 2018 (Rabu)

DIS24/12ISNIN

Sumber Pekeliling : JANM

Tarikh gaji 2018

Tujuan Makluman Tarikh gaji

Setiap tahun, tarikh gaji ini sentiasa diperlukan oleh kakitangan kerajaan, Hanya kakitangan kerajaan sahaja yang memahami tujuan makluman tarikh gaji ini. Sebenarnya ada beberapa sebab kenapa tarikh gaji ini diperlukan antaranya :

  • Keperluan merancang kewangan – Kakitangan kerajaan menerima pembayaran secara bulanan, oleh demikian perancangan kewangan yang baik perlu dilakukan untuk memastikan perbelanjaan dan tabungan dibuat mengikut masa yang sesuai untuk mengelakkan masalah kewangan.
  • Perbelanjaan pembelian – pembelian tinggi terutama tiket kapal terbang memerlukan tarikh yang sesuai terutama kakitangan kerajaan yang bekerja jauh dari kampung terutama seberang laut memerlukan perancangan kewangan awal membeli tiket lebih awal untuk mengelakkan harga tiket yang mahal.
  • Perancangan perayaan – sesetengah pihak mula membuat perancangan majlis –majlis yang melibatkan kos tinggi semasa perayaan. Makluman awal memberi kemudahan membuat buget semasa perayaan.
  • Pengurusan pembayaran – Sesetengah aktiviti atau program besar anjuran perlu tarikh yang sesuai, aktiviti melibatkan jualan perlu dirangka awal gaji kerana jika dibuat di akhir gaji kemungkinan kurang pembelian dilakukan.

Bagaimana Mengelak Masalah Kewangan

Oleh kerana gaji kakitangan awam diberikan secara bulanan, ada segelintir kakitangan kerajaan yang boros berbelanja awal bulan sehingga timbulnya masalah kewangan. Ada beberapa tips yang boleh diamalkan supaya gaji sentiasa mencukupi.

Mengasingkan duit lebih awal

Kesilapan utama kebanyakan orang adalah terus guna duit gaji apabila ia mula dibayar. Amalan yang paling baik adalah mengasingkan duit gaji mengikut keperluan pembayaran dan penggunaan setiap keluarga/individu. Cara ini terbukti dan menjadi kunci utama menyelesaikan banyak kes masalah kewangan. Perancangan membahagi duit gaji ini boleh dibuat secara bulanan atau tahunan.

Teknik paling berkesan menyelesaikan masalah kewangan adalah membuat perancangan secara tahunan. Penggunaan Sistem auto pengiraan mengikut dana-dana tertentu seperti kecemasan, simpanan, keraian, kereta perlu dibuat. Admin pernah mengeluarkan sistem pengiraan automatik dana-dana menerusi  Sistem Akaun Kewangan Rumah ( SAKR ) sebelum ini. Untuk makluman, buku Proses Kekayaan Sebenar diperlukan untuk memahami lebih jelas bagaimana mengurus kewangan dan sistem akan diberikan secara percuma yang boleh di muat turun menerusi pembelian buku tersebut.

Untuk makluman, anda hanya perlu masukkan jumlah gaji bulanan ke sisitem tersebut dan ianya akan mula mengira secara automatik pembahagian kepada dana-dana. Dana seperti kecemasan boleh diguna untuk tujuan luar jangka seperti sakit dan banyak perkara lain. Dana kereta juga boleh digunakan untuk pembahruan cukai jalan, baiki kereta , penukaran taryar dan banyak lagi. Sekiranya anda membahagikan kewangan dengan baik, anda dapati anda bebas masalah kewangan dan mula mendapat hidup yang tenang dan berkualiti walaupun tidak bergaji tinggi.

Kesimpulannya, setiap orang mempunyai sebab dan masalah tersendiri mengurus kewangan, setiap orang mempunyai cara tersendiri mengurus kewangan. Walaupun demikian, teknik yang terbukti berkesan perlulah diguna berdasarkan pengalaman profesional dalam mengurus kewangan. Semoga jadual gaji 2018 dan tips yang diberikan memberi sedikit makluman dan panduan pada pelawat.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

2 COMMENTS

  1. Minta naikkan pencen kepada semua kakitanggan kerajaan pesara ke seribu ringgit sebulan walaupun kurang perkidmatan bawa sepuluh tahun

  2. Salam Satu Malaysia,Pertama ucap taniah kepada PM Baru ini bajet 2018 memang hebat .saya Harap kakitanggan kerajaan pesara yang menerima pencen kurang bawa seribu dan perkidmatan kurang bawa sepuluh tahun Akan dinaikkan ke seribu ringgit 2018 Jan
    Sebulan
    Minta dipertimbangkan
    Terima kasih

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here