Jadual Gred Sijil Pelajaran Malaysia SPM

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Gred SPM Terkini

Jadual Gred Sijil Pelajaran Malaysia SPM 1
Gred SPM

Masih ada yang bertanya tentang gred SPM, sebenarnya gred SPM baru ini mulai diperkenal tahun 2009-2010 lagi. Gred ini menghuraikan paras kepujian, nilai PNG, nilai Gred Purata Keseluruhan GPK gred SPM.

Gred Lama

Gred Baru

Markah

Nilai GPK

Nilai PNG

Tahap

1A

A+

90 – 100

4.0

4.0

Cemerlang Tertinggi

1A

A

80 – 89

3.75

3.75

Cemerlang Tinggi

2A

A-

70 – 79

3.50

3.50

Cemerlang

3B

B+

65 – 69

3.25

3.25

Kepujian Tertinggi

4B

B

60 – 64

3.00

3.00

Kepujian Tinggi

5C

C+

55 – 59

2.75

2.75

Kepujian Atas

6C

C

50 – 54

2.50

2.50

Kepujian

7D

D

45 – 49

2.25

2.25

Lulus Atas

8E

E

40 – 44

2.00

2.00

Lulus

9G

G

0 – 39

1.75

1.75

Gagal
Info Tambahan :  BUDI Sabah 2023: Permohonan, Syarat dan Tunai

Apa itu Gred Kepujian SPM

Ada pelawat yang bertanya kepujian itu tergolong dalam gred apa? Untuk pengetahuan kepujian itu adalah bermula dari C ataupun dahulu 6C sehingga cemerlang tinggi A+. Namun demikian apabila mencecah cemerlang gred bekenaan adalah semestinya kepujian dan cemerlang.

Gred dibawah kepujian seperti D dan E adalah sekadar lulus sahaja, manakala G adalah gagal. Bagi memohon di kebanyakan Institut Pengajian Tinggi IPTA, matrikulasi, matrikulasi asasi, KPLSPM, Institut kemahiran, tahap yang paling diambilkira secara minima dan purata adalah tahap kepujian dan keatas manakala mempunyai 1-2 subjek yang mendapat lulus sahaja adalah dimaafkan. Namun demikian 1-2 subjek yang sekadar lulus itu mestilah tidak dari subjek yang kritikal/penting seperti BM, Sains, Matematik, Sejarah atau berkaitan dengan kursus yang dipohon.

Info Tambahan :  Tingkatan Enam: Subjek, Mod dan Tips Berjaya 2023

Mungkin ada penerimaan ke IPTA dan lain-lain untuk keputusan yang lebih rendah dari dinyatakan, tetapi kebanyakan yang diterima itu adalah kursus yang mempunyai banyak kekosongan dan tidak menjadi pilihan ramai.

Mempunyai tahap gagal G bagi subjek-subjek peting seperti Bahasa Melayu BM adalah paling tidak disukai oleh IPTA malahan kebanyakan istitusi pekerjaan juga menetapkan lulus BM sebagai syarat utama.

Maklumat gred SPM ini adalah berdasarkan pekeliling dari Kementerian. Semoga pendedahan gred  untuk Sijil Pelajaran Malaysia SPM ini sedikit sebanyak membantu dalam memotivasi serta menghitung kecemerlangan diri dalam mencapai kejayaan. Jika ada pertanyaan atau penambahbaikan, bolehlah bertanya dan hubungi saya.

20 thoughts on “Jadual Gred Sijil Pelajaran Malaysia SPM

  1. kalau kita nnti dpt keputusan spm, kalau kita gagal math dan sains.. ade tk harapan nk masuk kolej atau universiti pada tahun 2018 ?

  2. sye nak tanye… kalau sye tk dpt lulus spm boleh ke sye bayar… untuk lulus… sebab kawan sye pernah buat mcm tu

  3. Kalau sy mndapat gred E dlm subjek matematik adakah sy layak memohon UPU? Adakah peluang sy cerah untuk mendapat tmpat di IPTA?

    1. Saudari.. mohon je.. rezeki masing2.. tp pastikan kos yg anda mohon tdk bnyk menekankn keperluan math yg bnyk.. cth.. kalau syarat kelayakn kos yg saudari mintk, dye ckp minima B or A.. jd saudari xpyh mintk..mmg ssh nk dpat.. sebaiknya, pilih kos yg syrat kelayakn dye xmmntingkn math.. insha allah..akan dpt.. mcm sy dlu, ambik 10sbjek utk spm.. semua sbjek dpt A dgn B je.. tup2 math dpt E.. mmg hncur rasa hati, sbb slah pilih kos, hnya dpt pnggilan ke poli je.. sy tolak dan plih msk stpm.. wlaupn mncabr skit, tp skurang2 dpt cover result spm sbb walaupn mntk dgn sijil stpm, dye msih kira spm.. alhamdulillah.. skrg sy dh msk salah sebuah universiti awam.. cuba mohon ye saudari..

  4. saya nak tanya , gred ni sama kah jugak dengan gred spm 2014 nanty , atau berlainan sudah …. ? klu markah 25 keatas lulus sudah … btul ka ya …?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *