Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Jom Masuk U 2016

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Jika dahulu Jom Masuk U terkenal dengan penganjurannya, kini ia ditukar pada Karnival Pendidikan Tinggi untuk memberikan lebih kemudahan kepada pemohon untuk mendapatkan lebih informasi pendidikan tinggi seperti Universiti Awam, Universiti Swasta mahupun institusi pendidikan tinggi lain seperti politeknik atau Institut latihan kemahiran.

kptn 2016
KPTN 2016

 

Apabila permohonan Universiti bermula, pastinya banyak masalah akan timbul terutama pemohon majoritinya kali pertama menggunakan sistem dan kali pertama membuat pilihan berdasarkan keupayaan akademik dan juga minat masing-masing dalam memilih institusi pendidikan tinggi ataupun lokasi  pengajian. Selain itu, lebih informasi diperlukan bagi penetapan matlamat kerjaya masa depan pemohon bagi mengelakkan kesilapan memilih bidang pengajian mengakibatkan masalah dalam pengajian dan memohon kerja disebabkan tersalah pilih bidang dan kurang berminat dengan pengajian yang ditawarkan. Selain itu, teknik pemilihan dalam permohonan yang betul juga diperlukan bagi membuka peluang lebih luas kepada pemohon untuk diterima dalam pengajian yang diminati.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Semua masalah yang dialami boleh di selesaikan jika pemohon datang ke Karnival Pendidikan Tinggi 2016 yang dibuat untuk mendapatkan lebih informasi berdasarkan pameran dan soal jawab yang dibuka untuk pengunjung. Oleh kerana Karnival pendididikan Tinggi ini perlu ke seluruh Negara, perlaksanaanya adalah mengikut ketetapan tarikh dan lokasi.

Tarikh Negeri Lokasi
30-31 Jan 2016 ·         Kedah

·         Perlis

·         Pulau Pinang

·         Perak (Utara)

Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah

 

 

13-14 Feb 2016 ·         Terengganu

·         Kelantan

·         Pahang

Dataran DABS, Kampus Gong Badak, UNISZA, Kuala Terengganu, Terengganu
20-21 Feb 2016 ·         Johor

·         Melaka

PERSADA, Johor Bahru, Johor
5-6 Mac 2016 ·         Sabah

·         WP Labuan

One Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah
19-20 Mac 2016 ·         Sarawak Pullman Hotel & Hill Shopping Mall, Kuching, Sarawak
2-3 April 2016 ·         Selangor

·         Perak (Selatan)

·         WP (KL & Putrajaya)

·         Negeri Sembilan

Dataran Gemilang, UKM, Bangi, Selangor

Apa yang ada di Karnival Pendidikan Tinggi 2016

Kebiasaaanya pada tahun sebelumnya banyak faedah jika anda berkunjung seperti

  • Pameran dan Infomasi dari Universiti awam & swasta
  • Pemeran dan informasi kemasukan dari politeknik dan institusi kemahiran lain
  • Penerangan pemohonan dari kakitangan
  • Penerangan dan nasihat kerjaya dari kaunselor institusi
  • Pendedahan kerjaya lain dan pembaharuan/ kepelbagaian dalam pemohonan dan halatuju
  • Aktiviti menarik/ promosi
  • Cenderahati
  • Pengambilan borang dan maklumat lanjut institusi
  • Penerangan PTPTN atau institusi lain

Info penting

Waktu Pameran dibuka adalah berbeza untuk semenanjung dan sabah/ Sarawak.

  • Semenanjung Malaysia ( 9.00 pagi – 6.00 petang )
  • Sabah/ Sarawak ( 8.30 pagi – 5.30 petang )
  • Tarikh Karnival adalah seperti yang dinyatakan dalam jadual diatas.

Sekiranya anda mempunyai persoalan dan pengesahan maklumat, bolehlah terus merujuk dan menghubungi UPU di  helpline 03-8870 6777 atau 03-8870 6755 / 6778.

Diharapkan Maklumat Karnival Pendidikan tinggi ini disebarkan pada rakan lain untuk memberikan lebih kemudahan kepada mereka untuk membuat permohonan kelak.

One thought on “Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Jom Masuk U 2016

  1. Kenapa tidak diadakan di setiap negeri seperti tahun-tahun sebelum ini … hal ini telah menyebabkan saya tidak dapat menyertai karnival ini … hal ini juga menyebabkan pelajar yang kurang berkemampuan sukar untuk ke tempat karnival … sebagai contoh , saya dari kelantan tidak dapat menyertai karnival ini di terengganu kerana terlalu jauh … untuk memandu sendiri dan tidak dibenarkan oleh ibu bapa …. agak kecewa disitu …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *