Jadual Peperiksaan PMR 2012 KPM

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Jadual Peperiksaan PMR 2012 KPM 1
Jadual Peperiksaan

Draf jadual peperiksan PMR bagi tahun 2012 telah dikeluarkan untuk paparan umum oleh Kementerian Pelajaran Malaysia KPM. Peperiksaan PMR bagi tahun 2012 ini dijangka akan bermula pada hari selasa 9 Oktober 2012 dan dijangka berakhir pada hari selasa 16 Oktober 2012.

Kepada calon PMR, adalah penting untuk bersedia awal memandangkan kini hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk bermulanya peperiksaan PMR dimana ia juga menentukan aliran mana calon selepas keputusan PMR nanti. Selepas PMR biasanya paling popular akan diberikan pilihan untuk mengikuti kelas aliran sains, kemanusiaan dan banyak lagi. Setiap aliran mempunyai syarat kelayakan tersendiri dan aliran tersebutlah mempengaruhi pilihan ketika memohon universiti atau asasi selepas SPM nanti.

Oleh demikian, persediaan awal perlu dilakukan. Untuk itu, draf jadual peperiksaan PMR 2012 disediakan untuk perancangan awal calon. Untuk memuat turun bentuk pdf draf jadual peperiksaan PMR 2012 bolehlah dapatkanya seperti dibawah :

Draf Jadual PMR 2012 ( Klik Sini ) 

 Diharapkan melalui jadual yang dibekalkan oleh KPM ini menerusi portal rasminya mampu meningkatkan lagi keberkesanan perancangan serta memotivasikan calon PMR untuk lebih berusaha untuk mencapai kecemerlangan diri.

1 thought on “Jadual Peperiksaan PMR 2012 KPM”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top